Template by:
Free Blog Templates

20 July 2009

Tiada Pilih Kasih


Kubu Gajah, Isnin 20 Julai 2009, Dalam membantu masyarakat, kita tidak pernah mengamal sikap pilih kasih.

Mana-mana individu atau kaum yang layak dan berhak,permohonan mereka akan disokong, jelas Saya ketika melawat rumah Y.Selvarajan di No 82, Kubu Gajah yang mohon mendapatkan bantuan memperbaiki rumah beliau.

Selvarajan yang mempunyai empat orang anak telah tinggal di rumah tersebut peninggal bapanya semenjak 50 tahun lalu.

Saya memberitahu beliau agar jangan cemburu dengan bantuan rumah yang diberi kepada penerima-penerima lain di situ, kerana Kerajaan sentiasa memberi perhatian dan pertimbangan kepada rakyat yang tidak mampu.


Begitupun, perlaksanaan bantuan tersebut tidak boleh dilakukan serentak kerana ia bergantung kepada peruntukan wang yang ada dan juga kemampuan kontraktor, mengendalikannya.

Ketika lawatan itu, turut juga hadir ialah Ketua Kampaung Kubu Gajah, Azaemi Sabran dan Ketua UMNO Cawangan, Cikgu Abu Samad Aliddin.

Setakat ini, Agensi Kerajaan Felcra telah memberi bantuan rumah kepada rakyat miskin, selain Syarikat Perumahan Negara (SPN) melalui program mesra rakyat.

0 comments: