Template by:
Free Blog Templates

24 July 2009

Sah JJ Duta ke USA

Kubu Gajah, Jumaat 24 Julai 2009 -Sah, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan menjadi Duta Malaysia ke USA.

Jamaluddin yang juga bekas Menteri Kabinet di bawah kepimpinan mantan dua Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Bedawi difahamkan akan menerima watikah perlantikan pada 4 Ogos ini.

Bekas Menteri Sains, Teknlogi dan Inovasi itu akan menjadi Duta bertaraf Menteri sepertimana Tan Sri Mohamed Rahmat ketika menjadi Duta Besar Malaysia ke Indoensia.

Jamaluddin atau lebih dikenali JJ adalah Menteri yang bertanggung jawab merialisasikan hasrat Negara menghantar Angkasawan pertama ke stesen angkasa lepas, tidak lama dulu.

Beliau bagaimanapun, digugurkan dalam senarai kabinet Pak Lah selepas pilihanraya UMUM 2008. JJ bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Parlimen Malaysia (BNBBC) pernah menjadi Menteri Kewangan 11 di bawah kabinet Dr Mahathir.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ketika Pak Lah mengambil alih kepimpinan daripada Dr Mahathir.

JJ juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Perlantikan JJ yang Saya kenali mampu mengalas tanggung jawab mengeratkan hubungan baik Malaysia-Amarika Syarikat.

Saya tidak meragui perlantikan beliau, ditambah pula penglaman luas sebagai sorang ahli pilitik dan juga koprat serta mempunyai ramai kenalan dan hubungan di dalam dan juga luar Negara.

Biasalah perlantikan beliau itu tidak disenangi oleh kalangan tertentu, tetapi yang penting ialah kepercayaan yang telah diletakan oleh Perdana Menteri, Datuk Ser Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga kenalan rapat JJ ketika sama-sama dalam pemuda UMNO.

Yang penting taring JJ masih kuat. Tahniah dan selamat bertugas demi Bangsa., Agama dan Negara.

JJ akan mengadakan majlis membaca yassin di kediamannya di Setiawangsa pada Khamis, 30 Julai ini.

0 comments: