Kubu Gajah, Jumaat 24 Julai 2009 - Saya tidak faham kenapa masih ada yang meragui ketelusan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya Diraja mengenai siasatan punca kematian Teoh Bang Hock?
Saya fikir apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah demi mendahului rakyat, namun jangan lah keikhlasan Kerajaan itu diambil kesempatan oleh mereka yang berkepentingan politik.
Seperti kata perpatah sudah diberikan betis hendak paha pula. Tunggulah suruhanjaya itu melakukan tugas mereka dan Najib sendiri telah beri jaminan bahawa mereka yang telah dilantik akan menjalankan tugas dalam masa terdekat.
Inilah masalahnya jika kebebasan yang telah diberikan oleh Kerajaan hinggakan tidak ada batas sempadannya.
Saya fikir keluarga mendiang Teoh pun faham dengan usaha Kerajaan menyelesaikan kes tesebut secara terbaik, tetapi janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.
Kita sebenarnya bertuah kerana mempunyai Kerajaan yang telus dan sedia mendengar rintihan rakyat. Namun jangalah kesempatan itu disalahgunakan bagi tujuan yang boleh memecah belahkan lagi pepaduan kaum.
Apapun yang kita lakukan janganlah sampai masyarakat memandang serong dan meragui kredibaliti serta imej pihak-pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang.
Sekadar renungan hari Jumaat.

1 comments:
YB Raja
Kalau bukan orang politik yang dalam siasatan atau berada dipremis SPRM dijumpai mati di situ, saya tidak fikir SPRM tidak akan dihimpit dengan soalan dan tuduhan yang kurang dari yang diterima sekarang. Itu adalah kenyataan. Pada pendapat saya, UMNO dan BN yang kelihatan terlalu taksub berpolitik. Banyak kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin UMNO, terutamanya yang berasal dari Perak, menampakkan sifat tidak perihatin, tiada sifat kemanusiaan, dan, lebih tepat kalau dikelaskan sebagai bodoh dan tolol. We no longer care what you want to say... you and your MP friends just sound like idiots to me..
Post a Comment