Template by:
Free Blog Templates

7 July 2009

Sekeluarga Bergelap Walaupun Rumah Dah Siap


Selasa, 7 Julai 2009, Batu 20, Rumah Siap Pahat Berbunyi, itu lah istilah rumah Sarimah binti Hassan di Kampung Batu 21 yang mengeluh beliau terpaksa tinggal dalam kegelapan kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Sarimah, 37 tahun mendapat bantuan rumah di bawah program ehsan bagi mereka yang miskin, tidak memiliki tempat tinggal, tinggal bersama suami, Mohamed bin Mat Jusof dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Rumah itu didirikan di satu tapak dalam sebuah perkampungan yang agak jauh dari jalan besar dan hasil tinjauan Saya hari ini, mendapati untuk membolehkan bekalan elektrik sampai ke situ memerlukan kira-kira tujuh batang tiang dari rumah yang terdekat.

Saya akan berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membolehkan Sarimah mendapat bekalan elektrik.

Berdasarkan masalah contoh yang dialami oleh Sarimah, adalah diharapkan agar mana-mana Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berhasrat membantu melaksanakan programs eumpama itu di masa depan, mempastikan kos pendawaian elektrik dan bekalan air juga dimasukan,jika tidak tujuan murni untuk akan sia-sia belaka.

Saya juga merayu kepada mana-mana kontrektor yang terlibat agar tidak mementingkan keuntungan yang berlebihan hingga menyebabkan ada projek yang dilaksanakan tidak mengikut spekfikasi.

Saya setuju jika mereka yang terlibat itu disenari hitamkan sebagai peringatan kepada mana-mana kontrektror supaya lebih bertanggung jawab keatas projek yang diserahkan kepada mereka.

Hasrat Kita membantu kontektor kelas F mendapatkan projek adalah untuk memajukan bidang mereka supaya boleh berjaya, tetapi pada masa yang sama mereka hendak lah juga ikhlas dan menjadi kontrektor yang boleh dicontohi.

0 comments: