Template by:
Free Blog Templates

21 July 2009

MU Tempah Sejarah Main 2 Kali Dalam Masa 3 Hari D M'sia


Tidak terfikir pula yang pasukan Manchester United (MU) akan bermain dua kali dalam kunjungan mereka ke Malaysia kali ini.

Saya terlepas peluang menyaksikan perlawanan Sabtu (18 Julai) lalu kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakan. Malaysia kalah 2-3.

Tetapi, kerana MU enggan meneruskan perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia kerana bimbang masalah keselamatan selepas berlaku pengomboman di bandaraya Jakarta, termasuk di Hotel tempat penginapan mereka, juara liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersetuju bermain dengan pasukan Kebangsaan sekali lagi, semalam Isnin 20 Julai.

sebelum perlawanan, Saya sempat bertanya dengan promoter yang bertanggung jawab membawa MU ke Malaysia dan Indoensia serta beberpa distinasi lain, mengenai pembatalan perlawanan di Jakarta katanya masalah itu akan mereka bincang dan selesaikan kemudian.

MU sememangnya ramai peminat di Malaysia. Justeru tidak hairanlan, dalam tempu sehari selepas mereka bermain hari Sabtu, Stadium masih penuh dengan peminat yang datang pada perlawanan hari Isnin, bayangkan jika tempuh perlawanan kedua itu panjang sedikit lagi, barangkali Stadium Bukit Jalil akan padat.

Beruntung juga Saya semalam kerana bukan sahaja dapat bersalaman dengan pemain-pemain MU, tetapi bertemu dan berbuat dengan lagenda bola sepak England, Sir Bobby Charlton yang juga bekas pemain MU suatu ketika.

Semalam juga Saya bertemu dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan sempat berbual seketika. Agak lama juga tidak berjumpa dengan bekas Ahli Parlimen Merbuk itu yang juga seorang peminat sukan bola sepak.

Saya sempat begurau dengan beliau apa kah tidak berminat membeli mana-mana kelab Inggeris? Tun Daim hanya tersenyum. Pertanyaan itu selepas ada berita mengatakan bahawa ada seorang Jutawan Malaysia yang berminat membeli kelab Newcastle United.

Walaupun kalah 0-2 dalam pertemuan kedua, tetapi pasukan muda Negara tetap diberikan pujian jika dibandingkan segala kelebihan yang dimiliki oleh MU, sebuah kelab yang memiliki bintang dunia.


Namun, dalam perlawanan Sabtu lalu, pemain Malaysia, Amri Yahyah berjaya menembusi gol lawan dua kali termasuk satu gol daripada jarak 30 meter yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol utama MU berasal dari Belanda.

Bagi Saya kali terakhir menyaksikan MU ialah ketika berkunjung ke Macau pada tahun 2007. Mereka sepatutnya mengadakan perlawanan di Malaysia, tetapi terpaksa dibatalkan kerana berlangsungnya Kejohanan Piala Asia.

Pada penghujung musim EPL 2006, Saya berpeluang menyaksikan perlawanan MU menentang Arsenal di Stadium baru mereka di Highbury, yang kebetulan ketika itu Saya menghadiri satu lawatan resmi.

Sementara itu, ada juga yang bertanyakan saya apakah hanya kelab-kelab Inggeris yang diundang ke Malaysia, tiadak ada kah rancangan membawa pasukan-pasukan seperti Barcelona dan Real Madrid?

0 comments: