Template by:
Free Blog Templates

19 July 2009

Puteri Penting Dalam UMNO


Batu Kurau, Ahad 19 Julai, Puteri UMNO disarankan supaya memandang jauh ke hadapan dan bersedia menghadapi keadaan sekeliling yang lebih mencabar.

Puteri adalah penting sebab itu ia diwujudkan oleh UMNO terutama untuk mendekatkan lagi remaja dengan parti dan sekaligus mereka tahu peranan mereka dalam konteks membina dan memajukan masyarakat.

Saya menyatakan demikian di majlis perasmian penutup program IT anjuran Puteri UMNO Bahagian Larut di teratak AFRINA, Kampung Anak Kurau bersama dengan KPerak.

Janganlah mereka yang menyertai puteri hanya suka-suka, tetapi mereka perlu sedar puteri adalah tempat untuk mereka belajar dan melatihkan diri menjadi pemimpin di masa depan.

UMNO menghargai peranan puteri dan mengiktirafkan peranan mereka, justeru ramai juga di kalangan puteri yang terpilih menjadi calon dalam pilihanraya.

Jika dibandingkan dengan Wanita UMNO, ada di kalangan puteri yang cepat naik dan kesempatan itu mereka harus bersyukur dan bersemangat lebih lagi dalam memperkasakan perjuangan UMNO.

Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Bahgaian Larut, Nurzahariah binti Abidin, Ketua Kampung Perak Zakaria Hamid, Ketua Kampung Jelai, Ali Awang Besar dan Ketua UMO Cawangan Pondok Quin, Anuar bin Jaafar serta Ahli-Ahli Jawatankusa Puteri Bahagian.

Seramai 42 orang peserta hadir di program dua hari itu.



Saya turut menyarakan agar program seumpam itu diperluasan lagi kerana pengetahuan IT ini penting dan kita tidak boleh ketinggalan dalam bidang ini untuk maju ke hadapan.

Dunia, tambah Saya semakin dekat kerana perkembangan IT. Rugi rasanya jika peluang mendekatkan diri dengan bidang ini, yang hari ini kemudahannya semakin banyak tidak digunakan oleh remaja.

Sebuah Internet Desa akan diwujudkan di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah bagi menggalakan lebihr ramai lagi remaja terlibat dalam dunia IT.

Terdahlu, Azariah berkata Puteri Bahagian merancang beberapa lagi aktiviti yang akan dijalankan dari masa ke semasa bagi menarik lebih ramai lagi remaja menyertai puteri.

Beliau yang juga seorang Pensyarah amat berterima kasih kepada kepimpinan UMNO Bahagian yang telah banyak membantu kegiatan mereka dan berharap sokongan itu akan memudahkan lagi mereka menjalankan kegiatan.


0 comments: