Template by:
Free Blog Templates

9 July 2009

Rumah Bercerun Diganti Kontraktor Projek Berjuta Ringgit

Kampung Mesjid, Ijok 9 Julai 2009, Seorang Penduduk, Abdul manaf bin Ahmad yang tinggal di Kampung Teras yang rumahnya di tepi cerun projek pembinaan jalan baru RM 15 juta dan terdedah kepada bahaya tanah runtuh, kini boleh menarik nafas lega dan boleh tidur lena kerana akan diganti dengan rumah baru.

Pengumum itu dibuat oleh Kontraktor projek berkenaan, Mohd Jiwa Haji Abu selepas masalah Manaf itu Saya bangkitkan di majlis dailog mengenai masalah banjir berikutan pembinaan jalan tersebut yang mengubunggi Kampung Mesjid dengan Pusat Latihan Khidmat Negara (PKLN) dekat Ulu Mengkuang. di Kampung Mesjid, hari ini.

Turut hadir adalah Wakil Perunding, Azam Yusoff, Wakil JPS Tarmizi Zainal Abidin, Wakil JKR dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang terlibat dengan projek tersebut, selain penduduk-penduduk kampung.

Selasa, kelmarin Saya telah melawat dan meninjau dengan sendiri keadaan rumah Manaf yang merayu mendapatkan bantuan untuk pindah kerana bimbang kejadian yang tidak diingini kerana rumahnya terletak di cerun projek berkenaan.

Di majlis itu juga sejumlah RM 1 juta telah diluluskan, sebagai tambahan membiyai masalah banjir selepas rungutan penduduk-penduduk yang sentiasa dalam kebimbangan berikutan dengan pembinaan sebuah jambatan berdekatan di bawah pembinaan jalan tersebut.

Azam juga memberitahu anggaran diantara RM 30 ke RM 45 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di situ manakala Tarmizi pula berpendapat sejumlah RM 50 juta bagi tujuan menyelanggara Sungai-Sungai di sekitar kawasan Kampung Mesjid dan Kampung-Kampung berhampiran.

Projek Jalan tersebut sepanjang lima kilometer menghubunggi Kampung Mesjid dan Teras di sebelah Ijok dengan PLKN, itu telah lama dirancangkan bagi meningkatkan lagi taraf hidup dan ekonomi penduduk-penduduk tempatan.

Ia juga penting untuk menghidupkan lagi aktiviti Jalan ke Grik daripada Pekan Ijok yang agak sepi.

Ekoran dengan pembinaan jalan tersebut yang kini 60 peratus siap, harga tanah-tanah di kawasan sekitar dijangka melambung naik. Harga buah durian juga kini, melambung naik daripada RM 2.50 kepada RM4, semenjak Jalan itu mula dibina.

Jalan Kampung Mesjid, Teras dan Ulu Mengkuang yang melibatkan pembinaan tiga Jambatan dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan Jun, tahun depan.

Kebetulan ketika ini adalah musim durian, para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan buah durian.

Dailog itu, Saya aturkan berikutan rungutan dan kebimbangan penduduk mengenai masalah banjir yang akan melanda kampung mereka ekoran pembinaan Jalan tersebut.

0 comments: