Template by:
Free Blog Templates

19 July 2009

Menghambat Masa

Hari ini, Ahad, 19 Julai, Saya terpaksa mengejar masa. Pada sebelah pagi menghadiri mesyuarat EXCO Pesatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh KDYMM Sultan Pahang di Wisman FAM, kelana Jaya.

Ucapan Tahniah Presiden dan seluruh EXCO FAM atas persembahan memberangsangkan skuad muda Negara ketika menentang Kelab Manchester United, Sabtu 18 Julai.

Prestasi cemerlang itu diharap akan kekal dalam mana-mana perlawanan antarabangsa, tidak kira samada kejohanan sebenar mahupun, perlawanan persahabatan, kerana setiap pertandingan itu adalah penting sebagai kayu pengukur persembahan mereka dari masa ke semasa.

Pasukan Malaysia akan turun sekali lagi menentang MU di gelanggang yang sama malam esok, Isnin 20 Julai pukul 8.45 malam. MU dijadualkan berlepas ke Jakarta sebaik perlawanan dengan Malaysia, sabtu lalu, tetapi mengubah fikiran berikutan kejadian bom di beberapa hotel di Jakarta yang mengorban dan mencederakan beberapa orang.

Kita akui pemain-pemain Negara memerlukan banyak perlawanan pendedahan di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan mutu persembahan dan kemahiran mereka.

Kemudian pada sebelah tengahri bekejar pula ke kawasan untuk hadir dua jemputan. Merasmikan program Pemimpin bersama rakyat anjuran Jabatan Penerangan Khas Daerah dan UMNO Cawangan Taman Kota dan Penutup Kursus Komputer dan Internet Puteri UMNO Bahagian Larut di Kampung Perak.

Seperti biasas, selepas itu Saya singgah di mana-mana kedai kopi bersua muka dengan penduduk, bertanya khabar.

0 comments: