Template by:
Free Blog Templates

16 July 2009

Tiada Sebab DUN Perak Perlu Dibubar

Berikut adalah komen Saya yang disiarkan Wartawan, Nurul Mazwana Hamdan dalam Akhbar Sinar harian bertarikh, Rabu 15 Julai 2009.

Kubu Gajah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjelaskan tidak ada sebab mengapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu dibubarkan seperti yang didesak oleh sesetengan pihak.

Beliau berkata, soal pembubaran DUN ini adalah sesuatu perkara yang sangat serius kerana pelbagai aspek harus difikirkan jika berlaku pembubaran DUN dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, seharusnya rakyat dapat berfikir secara terbuka mengenai perkara berkenaan kerana pembubaran DUN bukanlah satu tindakan main-main berikutan ia akan melibatkan dan penjadi penentu kepada keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Jika benar diadakan pembubaran DUN dan pilihan raya semula kita tidak takut dengan kekalahan kerana pihak pembangkang juga tidak ada sebarang jaminan untuk memperolehi kemenangan,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian, dekat sini semalam.

Raja Ahmad berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah mengikut proses undang-undang dan tubuh kerajaan negeri Perak, oleh itu, tidak sewajarnya masih ada sesetengah pihak yang berasa tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

"Langkah terbaik adalah masyrakat seharusnya berfikiran terrbuka untuk menerima keadaan ini kerana peluang sepatutnya diberikan kepada pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mentadbir Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini baru beberapa bulan beliau menjalankan tanggungjawab dan tugasnya sebagai Menteri Besar, malah sudah nampak bahawa banyak perubahan yang akan dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

"ini adalah langkah dan jalan terbaik yang perlu diteruskan kerana jika setiap masalah perlu diselesaikan dengan pembubaran DUN ia tidak akan muktamad di situ sahaja.

"Hal ini kerana, tidak mustahil pihak lain juga turut akan mendesak untuk melaksanakan pembubaran DUN jika tidak berpuas hati dengan pihak yang mendapat mandat mentadbir Kerajaan Negeri, " katanya.

Menurutnya, perkara terbaik adalah membiarkan keadaan seperti sekarang dan masyarakat boleh menentukan semula siapa yang benar-benar layak untuk mentadbir Kerajaan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

"Jika perkara tersebut berlaku dalam masa terdekat ini ia akan hanya membawa kesan buruk kepada aspek pembangunan ekonomi, politik dan sosial secara keseluruhannya.

"Apabila negeri tidak stabil kita sekali gus akan menyekat lebih ramai pelabur asing untuk datang kerana mereka pasti tidak akan berkeyakinan untuk melabur berikutan masalah yang dihadapi seperti ini,"katanya.

0 comments: