Template by:
Free Blog Templates

2 July 2009

Bola Sepak Negara Dan Masa Depan






Khamis, 2 Julai 2009, setelah 20 tahun Industri bola sepak Negara berkembang dalam era pro, kini berkemungkinan kembali kepada semi-pro hanya kerana ingin menyelamat pasukan-pasukan daripada menarik diri liga tempatan.

Ada pasukan yang telah menyatakan hasrat mereka menarik diri akibat masalah kewangan dan mengikut peraturan pertandingan jika mereka berbuat demikian pasukan itu bukan sahaja digantung dalam tempuh tertentu, tetapi pegawai dan pasukan juga tidak boleh terbabit lagi dalam setiap pertandingan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dengan kedudukan kewangan yang ada FAM juga tidak mampu memberi bantuan subsidi kepada Persatuan-Persatuan Bola Sepak Negeri (PB), sepertimana ketika Dunhil menjadi penaja utama yang kemudian Syarikat Rokok terulong itu dilarang oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Demikian Saya nyatakan dalam program sukan yang dikendalikan oleh Hafizal Hamad yang disiarkan secara live di RTM 1 selama setengah jam, malam semalam.

Jika pun kembali ke semi-pro bukanlah bermakna FAM berundur ke belakang tetapi bagi menggelakan mana-mana anggota gabungannya dan pasukan yang terpaksa menarik diri, kerana masalah kewangan.

Akibat daripada masalah kewangan yang terhad jugalah FAM PB
Negeri kena mencari penaja sendiri dan bertindak mengurus pasukan dengan cekap.

Begitupun, Industri kita masih boeh bertahan walaupun Dunhil terpaksa menarik diri kerana masih ada yang tampil untuk menjadi penaja seperti RTM dan Telekom Malaysia, tetapi mereka juga mempunyai kedudukan kewangan yang terhad.

Justeru, diharap janganlah ada mereka yang tersalah anggap dengan hasrat jika bola sepak tempatan terpaksa kembali ke semi-pro. Tiadanya pemain-pemain impot musim ini juga adalah kerana untuk menggurangkan kos, disamping mengutamakan pemain tempatan agar meningkatkan mutu permainan mereka.

Saya juga meberi pandangan bahawa mutu bola sepak di setengah Negara semakin menonjol seperti Amerika Syarikat kerana ramai pemain mereka bermain dalam liga Perdana Inggeris (EPL) yang poppular, selain di liga Spain dan Itali.

Negara-Negara miskin seperti di Afrika juga maju kerana ramai pemain mereka bermain di liga Eropah, malah jika tidak kerana kehadiran ramai pemain daripada Benua tersebut Liga Eropah juga tenggelam.

Tetapi, pemain kita lebih selesa bermain di Negara sendiri dan jiwa mereka tidak besar untuk berhijrah dan menghadai dugaan yang lebih mencabar dan bersaing di tempat orang. Justeru jika pemain-pemain kita tidak bermain bersama dengan pemain-pemain ternama, sampai bila mereka boleh setaraf dengan pemain-pemain ternama.

Kita pernah menghantar pemain berlatih di Eropah, tetapi mereka lemah dari segi mental dan asyek teringatkan kampung halaman, berbanding dengan pemain-pemain Afrika yang terpaksa bertarung dengan kemiskinan.

Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkah FAM semata-mata, kerana usaha mencari pemain adalah menjadi tanggung jawab PB Negeri. Pemain-Pemain kita pula lebih selesa dengan apa yang mereka perolehi di Negara sendiri, tanpa bercita-cita tinggi.

Saya akui jika kita kembali ke sem-pro, ramai pemain yang akan hilang mata pencarian kerana ada diantara pemain yang akan bekerja sambil bermain bola sepak, tidak jika era pro sepenuhnya.

Oleh itu tidak hairanlah jika tiada pemimpin yang berpengaruh menerajui mana-mana Pasukan Negeri, mereka akan menghadapi masalah kewangan untuk mengurus Pegawai dan pemain.

Teguran, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keatas Persatuan Bola Sepak Perak seharusnyalah dilihat dari sudut yang positif dan penyokong Perak beruntung kerana ada Pemimpin yang mengambil berat dengan Pasukan Perak dan ini sudah tentu mendatangkan berita yang mengembirakan.

Usaha memajukan bola sepak ini sebenarnya terletakan di bahu semua pihak.Pada masa ini, kebanyakan yang terlibat menerajui PB adalah secara sukarela. Kita juga mahu sepertimana yang berlaku di Eropah, tetapi kita masih lagi belum mampu mencapai ketahap pemimpin dan pegawai yang dibayar gaji sepenuh masa kerana kemampuan kewangan.

Barangkali masalah ini boleh diatasi jika Kerajaan bersedia memberkan pengecualian cukai keatas mana-mana Syarikat yang menaja badan-badan sukan di Negara ini dan secara tidak langsung juga akan menggurangkan bebanan Kerajaan dalam membiayai kos sukan Negara.

Kalaupun ada Syarikat yang berani menerajui mana-mana badan sukan termasuk bola sepak mereka sudah tentu mengharapkan sesuatu projek yang diberikan oleh Kerajaan, kerana untuk mengharapkan kutipan hasil jualan tiket perlawsanan semata-mata belum memadai, sedangkan kos perbelanjaan begitu besar.

Pasukan-Pasukan Bola Sepak di Korea Selatan dan Jepun, rata-rata ditanggung oleh Syarikat-Syarikat Gergasi yang diberikan pengecualian cukai.

Apapun, forum mengenai perbincangan mutu dan masa depan bola sepak Negara tidak berakhir di sini. Pembanguna sukan ini juga perlu kembali semula ke akar umbi. Sekolah-sekolah perlu mempunyai tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman untuk membimbing dan mencunkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan.

Dua Kementerian penting, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pelajaran serta Kementerian-Kementerian lain yang berkaitan juga wajar duduk semeja untuk selaras segala masalah dan kemudahan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar kita di sekolahan mahupun di Universiti bagi membangun sukan tanahair.

Banyak lagi kekurangan kemudahan sukan di peringkat sekolah, manakala di peringkat Universiti banyak kemudahan, tetapi tidak digunakan sepenuhnya manakala di kampung dan daerah walaupun usaha dilakukan KBS, tetapi bilangannya masih tidak cukup jika dibandingkan dengan bilangan mereka yang ingin menggunakannya.

0 comments: