Template by:
Free Blog Templates

12 July 2009

Jangan Ragui Keikhlasan Najib


Kubu Gajah, Ahad 11 Julai, Saya memberitahu satu perjumpaan dengan pelajar-pelajar Universiti Islam antarabangsa (UIA) Malaysia hari ini bahawa rakyat jangan meragui Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk membawa Perubahan dan Kemajuan.

Jelas, dalam tempuh 100 hari menjadi Perdana Menteri, Najib telah menyakinkan rakyat dengan pengumuman beberapa perkara bagi faedah dan kepentingan mereka seperti Amanah Saham 1 Malaysia berjumlah 10 billion unit, diskaun bayaran tol dan penggurangan yuran lesen belajar motor.

Sebanyak 44,000 unit rumah juga ditawar untuk dibeli kepada penyewa-penyewa rumah di Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain lesen untuk penjaja dan peniaga kecil di DBKL juga dikurangkan kepada 50 peratus.

Beliaua juga mengumumkan langkah drastik untuk peranggi jenayah dan rasuah bagi meningkatkan mutu khdmat Kerajaan.

Kerajaan juga, memberi perhatian kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam memajukan taraf hidup mereka terutama yang tinggal di luar bandar yang masih serba kekurangan kemudahan awam.

Itu baru 100 hari mentadbir, Saya yakin banyak lagi pengumuman yang akan dibuat Najib yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2010 di Parlimen tidak lama lagi.

Saya berkata demikian di majlis perasmian penutup program SMART LEARNING CAMP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Redang Panjang dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Redang Panjang, Hasmah Mohd Yusoff, Pegawai Pengiring UIA, Khalid Mohammad dan Penghulu Mukim Ijok, Mohamed Fauzi Ghazali serta Ibu Bapa.

Program yang bermula Jumaat lalu melibatkan seramai 120 orang pelajar Tingkatan Tiga SMK Redang Panjang yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Saya juga berkata bahawa kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir M0hamed tidak akan menjejaskan usaha Najib untuk membawa perubahan, malah ia adalah cabaran untuk Najib bukti dan jadikan segala hasratnya sebagai realiti.

Mengenai PPSMI, langkah Kerajaan itu hendak lah dilihat dari sudut yang positif dan ia bukanlah tindakan ke belakang, tetapi bagi mereka yang cuba menangguk di air yang keroh sudah pasti akan cuba memsongkan fikiran rakyat.

Saya juga menegaskan bahawa hanya pelajar-pelajar yang berdaya saing akan pergi lebih jauh dan berharap mereka menjadikan bidang pendidik ini ibarat "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian."

Kemiskinan bukan lah lagi penghalang untuk pelajar-pelajar luar bandar melanjutkan pelajaran ke Universiti kerana pelbagai biasiswa dan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan dan bantuan Syarikat Swasta.

Saya juga memberitahu hasrat untuk menjadikan DUN Kubu Gajah sebagai Agro-Tourism. Sebagai langkah awal, usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti tapak bagi diwujudkan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Pekan Kubu Gajah, selain meningkat lagi tahap perkhidmatan di seluruh DUN ihi.

Saya juga menyatakan bahawa DUN Kubu Gajah juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk tujuan pelancongan seperti rumah home stay di Bagan Bahru, air terjun Sungai Jernih dan Telaga Gergasi dan Sungai atas Sungai di Kawasan Redang panjang.

0 comments: