Template by:
Free Blog Templates

28 July 2009

Kebajikan Rakyat Tidak Pernah Diabai

Kampung Mesjid, Ijok, Selasa 28 Julai 2009 - Rakyah diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah mereka yang mendakwa bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil berat kebajikan rakyat.

Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum dan sekarang adalah merupakan kebajikan, kata Saya di majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan terbuka, pekan Ijok dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Beratus-ratus orang membanjiri Dewan tersebut untuk membuat pelbagai permohonan kebajikan. Turut hadir ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat LMS, Zembri Mohamed, ketua-ketua Kampung dan cawangan UMNO.

Ini adalah pusingan kedua Saya menganjurkan program Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS). Sebelum ini program yang sama Saya anjurkan di Kampung Sungai Ara.

Jika bukan kebajikan masakan masyarakat luar bandar boleh keluar pekan, menghantar anak ke sekolah ke kebun dan sebagainya, andainya Kerajaan BN tidak membina jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik.

Sekolah-sekolah agama juga didirikan, selain mesjid dan surau serta pusat-pusat islam, semuanya ini adalah ke arah menjaga kebajikan rakyat.

"Ini tidak termasuk bantuan kebajikan seperti saraan, perubatan, persekolahan dan memperbaiki rumah, "tambah Saya.

BN konsisten dalam membantu rakyat, tetapi tidak bagi setengah pihak yang hanya muncul kununnya untuk membantu rakyat miskin dengan membawa barang manakan bila tiba musim pilihanraya.

Saya tidak faham apa kah rakyat luar bandar hari ini tidak lagi mementingkan projek yang boleh mengubah dan memperbaiki taraf hidup mereka?

Saya amat memahami keadaan hidup masyarakat luar bandar yang masih ada kais pagi makan makan pagi. Namun Saya juga mengingatkan bahawa mana-mana Kerajaan akan jatuh bankrup, jika rakyat hanya semata-mata bergantung hidup semuanya disediakan oleh Kerajaan.

Masalah setinggan, rakyat yang miskin tidak mempunyai tempat tinggal wajarlah diberikan perhatian dan tumpuan dan kearah ini jugalah sebuah jawatankuasa mengenai masalah itu yang dipengerusikan oleh Menteri Besasr Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, telah ditubuhkan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pejabat kebajikan LMS kerana sudi turun ke bawah menemui masyarakat kampung selaras dengan flasafah Perdana Meneri, rakyat didahulukan.

Saya juga bercadang membawa jabatan dan agensi Kerajaan yang lain untuk sama turun padang menemui masyarkat kampung dari masa ke semasa.

0 comments: