Kubu Gajah, Selasa 14 Julai 2009, Tiada ada salahnya, jika Pas dan UMNO saling berbaik-baik demi masa depan orang melayu.
lagi pun, kedua-dua parti itu pernah berbuat demikian ketika Pas berada dalam Barisan Nasional pada penubuhannya menjelang pilihanraya umum 1974, beberapa tahun selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Saya merasakan Pas dan UMNO wajar melihat kepentingan ini kerana kedua-duanya mewakili majoriti orang melayu. Justeru soal mewujudkan Kerajaan Perpaduan wajarlah dilihat dengan serious dan bukan kepentingan politik semata-mata.
Usaha ini, tidak semestinya hanya di lihat penting di peringkat atas, pucuk pimpinan, tetapi juga boleh di perluaskan hingga ke bawah, akar umbi, jelas Saya ketika berucap di ceramah mengenai isu-isu politik semasa di Kampung Sungai Seputeh, dekat sini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkernain bin Omar Din dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin.
Begitupun, kata Saya soal perpaduan ini tidak bermaksud perkauman. Masyarakat bukan Melayu tidak perlu bimbang dengan hasrat tersebut jika ianya dilaksanakan.
Saya memberi contoh, walaupun Islam merupakan agama resmi Negara, tetapi rakyat diberikan kebebasan beragama dan budaya yang hendak diamalkan.
Megat Zaulkernain dalam ceramahnya pula mengajak pemuda untuk mempertahankan maruah bangsa, terutama insititusi Raja-Raja sebagai lambang ketuanan Melayu.
Pemuda, katanya hendaklah berani dalam menjaga kepentingan bangsa, agama dan tanahair dan mestilah bersedia pada setiap masa jika hak dan kepentingan mereka diancam.
Megat Zaulkernain turut menjelaskan kontroversi Pemuda UMNO dengan Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.
14 July 2009
UMNO-Pas bersama Menguatkan Perpaduan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment