Kubu Gajah, Rabu 22 Julai 2009, Rakyat didahulukan. Ternyata Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telus dan ikhlas dalam kes kematian Teoh Bang Hock dengan penubuhan sebuah suruhanjaya Diraja.
Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib hari ini, bersetuju tubuh inkues diketuai oleh seorang majistret bagi siasat punca kematian Teoh yang akan bermula minggu depan.
Ketelusan Kerajaan itu memanglah baik dan amat dialu-alukan cuma di masa depan Kerajaan janganalah terlalu tunduk dengan desakan mereka yang mencari kepentingan politik.
Kita bimbang juga dengan penubuhan sebuah lagi badan lain ia menjejaskan imej dan kredibiliti pihak-pihak tertentu dan Kita juga tidak mahu ia menjadi satu amalan di masa depan, setiap kali berlaku sesuatu kes, suruhanjaya wajib ditubuhkan dan akhirnya entah berapa banyak suruhajaya seperti itu.
Dengan keputusan Kerajaan itu, sebarang keraguan terhadap pihak berkuasa akan reda dan perbuatan mempolitikannya oleh pihak-pihak tertentu hendaklah dihentikan bagi memudahkan lagi siasatan itu dijalankan dengan sempurna.
Tunggulah hingga selesai hasil siasatan tersebut. Janganlah mencetuskan hura-hara kerana ia hanya akan menggangu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Undang-undang harus dihormati dan janganlah disebabkan amalana demokrasi ada pihak sewenang-wenangnya menyalahgunakan kebebasan bersurau itu.

0 comments:
Post a Comment