Template by:
Free Blog Templates

1 July 2009

Pekan Kubu Gajah Berwajah Baru


Pejabat Tanah Daerah Kecil, Selama akan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembangunan semula Pekan Kubu Gajah selaras dengan kewujudan Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah itu sendiri..

Diantara projek yang dirancangkan ialah Pusat Pentadbiran Mukim. Ini bermakna Kubu Gajah akan mempunyai penghulu tidak lama lagi. Bangunan Balai Polis dan Bomba serta beberapa agensi yang lain juga akan diwujudkan.

Pembangunan semula DUN Kubu Gajah terutama Pekan Kubu Gajah itu sendiri telah saya bangkitkan sebagai sebahagian usaha menyediakan " pelan induk Kubu Gajah" di Mesyuarat Tanah Daerah Selama, di Bangunan Pejabat Daerah, Selama hari ini, Rabu 1 Julai.

Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Mushidi, ADUN Selama Mohd Daud Yusof bin Mohd Yusof dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yusof bin Abustan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, ketika dihubungi mengenai masalah Balai Polis Kubu Gajah, telah bersetuju untuk menyediakan kos pembinaan projek tersebut. Saya juga telah mengubungi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Di Mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk mempercepatkan proses dan kelulusan permohonan tanah, selain membincangkan masalah setinggan yang kini sekitar 400 lebih. Namun menurut Haji Yusof angka itu telah menurun daripada lebih 600 orang sebelum ini.

Mesyuarat itu adakah yang pertama diadakan selepas berlakunya peralihan kuasa Kerajaan Negeri bulan Februari lalu.

0 comments: