Template by:
Free Blog Templates

18 July 2009

Pusat Komuniti DUN Kubu Gajah


Kampung Mesjid, Ijok, Sabtu 18 Julai 2009, Sebuah Pusat Komuniti Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah akan diwujudkan tidak lama lagi.

Dibawah pusat berkenaan, turut dirancang ialah projek permata sebagaimana yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Sri Rosman Mansur, kebetulan di DUN Kubu Gajah ada sebuah rancangan Felada, Ijok yang didapati sesuai untuk tujuan tersebut.

Ia adalah sebahagian daripada program untuk menaikan taraf DUN Kubu Gajah, Kata Saya ketika berucap meresmikan Sukan Tabika Kemas Mukim Ijok di padang Majlis Daerah, Kampung Mesjid.

Rancangan mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan di pekan Kubu Gajah, peringkat ini termasuk mengenalpasti tapak di sebidang tanah kerajaan.

Diantara projek yang akan dididirkan di situ kelak, kata saya ialah pejabat Penghulu, selain bangunan Polis, Bomba, Kemas, Risda, pertanian, pejabat pos dan belia.

Saya sendiri telah menghubunggi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang bersetuju pada dasarnya untuk menyediakan peruntukan pembinaan bangunan Polis.

Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Datuk Mahmud Murshidi juga telah bersetuju untuk mewejudkan sebuah pusat pentadbiran Kerajaan di Pekan Kubu Gajah dan beliau telah mengarahkan jawatankuasa tanah Selama untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi tujuan tersebut.

Di majlis tersebut pelbagai aktiviti dijalankan termasuk pertandingan gubhan dan masak, selain senaman dan persembahan tomoi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah.

Turut hadir ialah Pegawai Kemas Daerah LMS, Faridah Sharin, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan, Ketua-ketua Kampung, Cawangan UMNO dan Ibu bapa.

0 comments: