Template by:
Free Blog Templates

9 July 2009

Rakyat Jangan Meragui Keikhlasan Najib

Kubu Gajah, Ahad 12 Julai 2009, Saya memberittahu pelajar-pelajar Uiniversiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia hari ini bahwa rakyat tidak seharusnya meragui dasar Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Najib, ternyata mendahulukan rakyat dengan pengumuman beberapa keputusan Kerajaan untuk kepentingan dan faedah rakyat termasuk Amanah Saham 1 Malaysia, diskaun pengguna tol dan yuran belajar lesen motor, sebanyak 44,000 unit ditawarkan kepada penyewa rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. penggurangan lesen penjanaa dan peniaga kecil di kawasan DBKL dan langkah drastol peramggi rasuah dan jenayah.

Turut mendapat menfaat dalam pengumuman 11 perkara yang diumumkan oleh Najib dalam ucapan sambutan 100 Hari sebagai Perdana Menteri ialah Penduduk Sabah dan Sarawak.

Itu baru 100 Hari sebagai Perdana Menteri, dan Saya percaya akan ada lagi pengumuman-pengumuman baru dalam pembentangan bajet tahun depan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, di Parlimen tidak lama lagi.

Saya percaya kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan menjejaskan rentak kemajuan dan perubahan yang hendak dibawa oleh Najib. Sebaliknya, kritikan sedemikian harus dijadikan sebagai cabaran bagi Najib untuk membuktikan kepimpinannya yang lebih hebat, dinamik dan terserlah.

Saya berucap di majlis perasmian penutup program SMART LEARNING CAMP pelajar-pelajar UIA di Sekolah Menengah Redang Panjang (SMK), dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang turut melibatkan 120 Pelajar tingkatan Tiga Sekolah tersebut.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Redang Panjang, Hasmah Mohd Yusoff, Pegawai Pengiring UIA, Khalid Mohammed dan Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali.

SMK adalah Sekolah khas yang pertama diwujudkan di Perak dan yang ake 11 di seluruh Negara. Program tersebut bermula Jumaat lalu dana beakhir hari ini.

Saya juga menegaskan bahawa hanya pelajar-pelajar yang berjiwa bersaing boleh pergi jauh dan mereka seharusnya telah bersedia untuk berbuat demikian tanpa lagi menoleh kebelakang.

Mengenai PPSMI, keputusan Kerajaan itu hendaklah dilihat dari sudut yang positif dan bukan bermakna ia menuju kemunduran dalam bidang pendidikan yang lebih kompetitif.

Saya turut memberitahu pelajar-pelajar UIA mengenai hasrat Saya untuk memajukan DUN Kubu Gajah dengan projek Agro-Tourism. Di peringakt ini, perbincangan awal juga telah dibuat untuk mengenal pasti kawasan baru bagi mewujudkan pusat pentadbiran Kerajaan yangbaru di Pekan Kubu Gajah, disamping menaikan taraf perkhidmatan yang sedia di DUN ini.

0 comments: