Template by:
Free Blog Templates

5 July 2009

Zambery Masih Utuh Biarpun Diserang

Ahad, 5 Julai 2009, Dalam beberapa hari dan sepanjang minggu mendatang, Negeri Kelantan akan menjadi tumpuan, khususnya di Manik Urai kerana Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) berkenaan.

Barisan Nasional (BN) Perak diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir juga akan turun berkempen untuk membantu Calon BN mencapai kemenangan.

Sekalipun, Menteri Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) ada yang terlibat dengan kempen tersebut, tetapi tidak bermakna tugas menjaga kawasan masing-masing diabaikan. Saya percaya kalaupun, Dr Zambery terpaksa, berulang alik ke Kota Bahru, tanggung jawab dan urusan beliau di Perak, tetap diutamakan.

Apa yang Saya lihat kerja keras beliau untuk mengembalikan semula imej Perak selepas peralihan kuasa daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang kepada BN dan ini bukanlah kerja yang mudah, terutama bila berdepan dengan pelbagai kemelut yang dicetuskan oleh Parti Pembangkang.

Niat beliau turun ke bawah menemui rakyat adalah ikhlas untuk mendengar dengan sendiri segala permasalahan mereka dan segera mengatasinya. Dengan demikian memudahkan lagi kerja Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Pendekatan seumpama itu bukankan bagus? dan Saya tidak faham kenapa Pembangkang cuba mempertikaikan prestasi pentadbiran beliau, sedangkan Dr Zambery baru sahaja lima bulan menjadi Menteri Besar.

Bukan kah satu petanda yang baik, apabila Dr Zambery menyatakan bahawa sebenarnya ada ADUN Pembangkang yang mahukan masalah mereka di dengar dan ditangani oleh Menteri Besar kerana mereka juga mungkin telah meluat dengan kemelut politik yang tidak menguntungkan itu.

Dalam usia Kerajaan lima bulan itu kita wajar memberi masa kepada beliau yang sedang berada di kerusi panas. Namun, Dr Zambery, tidak berputus asa untuk mengubah hala tuju Negeri Perak dan mengembalikan keyakinan rakyat, sekalipin diserang tanpa henti-henti oleh Pembangkang.

Saya tidak hairan jika Pembangkang mengambil kesempatan menyerang dan menghentam Kerajaan pimpinan beliau pada sidang DUN yang akan membincangkan Bajet hujung tahun ini.

Mereka mahu agar berlaku huru hara dan DUN dibubarkan kerana itulah matlamat Pembangkang setelah gagal mempertahankan Kerajaan yang mereka bentuk selepas Pilihanraya UMUM Mac 2008.

Tetapi, jelas sekali Dr Zambery tidak mudah latah, beliau kental dan bersifat waja sekalipun berdepan dengan apa yang dibakar oleh Pembangkang, tetapi beliau tetap tabah dengan dugaan dan cabaran seumpama itu, kerana telah dididik dalam suasana kepayahan dan semangat perjuangan pemuda yang tidak kenal takut.

Kalaupun, ada yang mengatakan bahawa Perak akan menghadapi Pilihanraya selepas Manik Urai, itu hanyalah mimpi di siang hari Pembangkang.

Saya yakin dan percaya ADUN-ADUN BN masih kental dengan semangat dan keyakinan mereka di belakang pucuk pimpinan untuk mempertahankan Kerajaan Negeri dan juga Pusat demi masa depan rakyat dan Negara.

0 comments: