Template by:
Free Blog Templates

25 July 2009

Ketegasan Najib Harus Dihormati

Kubu Gajah,Sabtu 25 Julai 2009 - Saya sokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung fungsi dan inkues suruhanjaya Diraja mengenai punca kematian Teoh Bang Hock.

Saya juga sokong ketegasan Najib yang tidak akan melayani lagi mana-mana desakan yang berkepentingan politik.

Lagipun, inkues kes kematian pembantu EXCO Selangor itu akan bermula Rabu 29 Julai hingga 12 Ogos ini, eluklah semua pihak sabar menunggu hasil siasatan tersebut, kerana Kerajaan sendiri begitu telus mengenainya.

Saya percaya semua pihak ingin mengetahui puncanya dan kita tunggulah hasil siasatan itu selesai, tetapi jika ada yang terus mempertikaikan ketulusan suruhanjaya tersebut, ia akan hanya menjejaskan tugas mereka.

Saya tidak faham kenapa siasatan belum lagi bermula, ada suara yang mempertikaikannya. Apa pun kita tunggulah duru suruhanjaya itu memulakan tugas mereka.

Tetapi masalahnya ialah bila ada pihak-pihak yang cuba mempolitikan isu berkenaan untuk kepentingan politik mereka sendiri. Barangkali mereka sudah kehabisan modal?

Padahal rakyat sendiri mengalu-alukan keputusan kabinet mengenai penubuhan suruhanjaya tersebut sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri yang secara peribadi memberikan perhatiannya.

Janganlah kita terlalu ikutkan cara negara lain, ikutlah acuwan kita sendiri. Kebebasan tidak bermakna kita boleh sesuka hati mengenepikan undang-undang yang ada. Hormatilah undang-undang yang kita sendiri membuatnya, justeru janganlah kita sendir yang mencemarkannya.

0 comments: