Template by:
Free Blog Templates

10 July 2009

100 Hari Najib Sebagai Perdana Menteri

Kubu Gajah, Jumaat, 10 Julai 2009, Besok, Sabtu 11 Julai,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melepasi 100 hari sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tahniah diucapkan semoaga beliau dan keluarga dipanjangkan umur dan sentaiasa berada dalam sihat dan sejahtera.

Dalam tempuh tersebut barangkali rakyat akan mula menilai kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri ke 6 dan sejauh mana keupayaan beliau untuk membawa perubahan dan kemajuna kepada Negara.

Walaupun masih awal untuk mengukur pencapaian sebenar anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke dua ini, tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa beliau menyimpan cita-cita besar untuk meletakan rakyat di satu tahap yang mampu bersaing dan mempunyai tahap pemikiran yang kuat dan berkriativiti.

Najib seorang yang tidak mudah mengalah, berjiwa cekal serta mahu rakyatnya terus bergerak ke hadapan untuk mencapai cara hidup yang lebih baik dan menjaminkan.

Masyarakat amat tertarik dengan flasafah kesederhanaan beliau dan pendekatan mesra rakyat yang diterapkan serta mahu mendapatkan maklumat terawal daripada orang lain dengan mengamalkan sikap turun ke padang bagi mendengar dan melihat dengan sendiri, masalah rakyat.

Beliau dilihat seorang individu yang tidak mementingkan protokol dan terserlah, penampilannya sebagai anak bangsawaan yang bersedia berada bersama rakyat tidak kira di mana, sama ada di bawah panas terik atau semasa banjir melanda.

Najib, anak kelahiran Pekan Pahang ini sudah mula menambat hati rakyat jelata dan penampilannya amat disenanggi. Begitupun, beliau tetap dilihat seorang yang tegas, berpendirian dan bersikap adil serta bertimbang rasa dalam mengatasi apa jua kemelut sama ada di dalam parti mahupun, dalam pentadbiranya.

Dalam dunia sukan,Najib juga dikenali sebagai seorang Pemimpin yang sentiasa mengambil berat mengenai kemajuan sukan tanah air, terutamanya Bola Sepak. Beliau adalah seorang ahli sukan. Beliau sendiri pernah turun ke padang, bermain dalam beberapa perlawanan persahabatan, termasuk ketika menentang bintang dan artis terkenal Bollywood, suatu ketika yang melawat Malaysia.

Beliau juga beruntung kerana memiliki seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang yang bijak dalam penampilannya menjalankan aktiviti masyarakat dan masyarakat amat senang berbilang bangsa amat senang dengan cara pendekatan beliau yang mudah membantu mereka yang memerlukan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar.

Sebagai seorang peminat dan pengiat sukan Badminton, pemain-pemain Negara beruntung kerana sentiasa mendapat dorongan dan sokongan kuat untuk mencapai kemenangan di mana-mana Kejohanan besar. Beliau adalah seorang pemain Baminton yang hebat di kalangan Ist4ri-Isteri Wakil-Wakil Rakyat.

Najib juga bertuah kerana mempunyai seorang pembantu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mampu menjalankana tugas sebagai orang kepercayaan samada di dalam mahupun di luar Negara.

Apapun kejayaan yang diharapkan oleh Rakyat jelata di bawah Kepimpinan Najib yang penting ialah 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan pecapaian diutamakan wajarlah dijadikan peganggan dan tanggung jawab semua pihak dan lapisan rakyat dalam merialisasikan impian tersebut.

Besok, Najib akan hadir dalam acara 100 Hari bersama Rakyat di exibition hall 2, level G, KLCC Kuala Lumpur.

Doa Saya semoga Rakyat dan Negara terus Maju, Aman dan Makmur di bawah Kempimpinan Datuk Seri Mohd Najib.

0 comments: