Template by:
Free Blog Templates

14 July 2009

MB Utamakan Kawasan Mundur

Hari ini, Selasa 14 Julai 2009 Saya menerima panggilan telefon daripada Azuan Datuk Harun, Setiausaha Suliat Menteri Besar Perak yang memeberitahu telah menerima surat permohonan Saya mengenai pengwujudan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Pekan Kubu Gajah.

Beliau ingin mendapatkan penjelasan seara mendalam mengenai hasrat Saya itu. Beliau kemudian memberitahu, perkara itu akan dipanjangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk tindakan.

Tindakan Pejabat Menteri Besar itu ternyata bahwa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberikan perhatian serious terutama di kawasan-kawasan yang masih lagi ketinggalan dari segi kemudahan asas dan juga perkhidmatan Jabatan dan Aagensi Kerajaan.

Saya mohon sejumlah peruntukan untuk mewujudkan Pejabat Penghulu dan ruang-ruang pejabat untuk Jabatan lain. Pada masa ini, Balai Polis pun tidak ada. Kalau adapun cuma pusat Kesihatan Desa dan Balai Raya.

Dewan negerui Kubu Gajah ini adalah DUN yang baru dan pertama kali diperkenalkan pada pilihanraya UMUM 2004.

Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Saya telah membawa perkara ini ke pengetahuan Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi. Hal yang sama juga Saya bangkitkan di Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tanah Selama bagi mendapatkan sebidang tanah untuk tujuan tersebut.

Selain Pekan Kubu Gajah, juga wajar diberikan tumpuan dan perhatian ialah untuk menai taraf pusat perkhidmatan Kerajaan di Pekan Ijok dan Bagan Bahru, terutama Rumah Penghulu yang terlalu uzur.

Satu lagi masalah yang besar ialah mengenai ketiadaan pengangkutan awam pada masa ini yang telah menimbulkan kesuliatan kepada penduduk. Kawasan yang terlibat ialah antara Kubu Gajah ke Ijok dan Ijok ke Batu Kurau.

Syarikat-Syarikat Bas enggan untuk beroperasi kerana masalah "kereta-kereta sapu". Saya telah meghubunggi beberapa Syarikat Bas, tetapi mereka enggan berbuat demikian selagi diganggu oleh perkhidmatan kereta sapu.

Saya akan membangkitkan lagi masalah ke pengetahuan pihak atasan untuk mencari jalan bagaimana masalah pengangkutan ini dapat diselesaikan segera kerana ia turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Kepada Azuan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Saya ucapkan terima kasih kerana mengambil inisiatif dan tindakan segera mengenai masalah yang Saya majukan kepada Menteri Besar Perak itu.

Justeru, Saya tidak faham jika masih ada pihak yang masih meragui keupayaan pentadbiran Dr Zambry. Bagi Saya hanya Jauhari yang kenal manikam.

0 comments: