Template by:
Free Blog Templates

21 July 2009

Projek Kemiskinan Gagal

Kampung Mesjid, Ijok Selasa, 21 Julai, Hasrat Kerajaan untuk mengubah nasib mereka yang berada di bawah taraf kemiskin akan terus gagal, jika projek yang dilaksanakan masih banyak yang terbiar dan terbengkalai.

Satu projek rakyat termiskin (PPRT) yang menarik perhatian Saya di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah ialah Ternakan Lembu fidlot di Kampung Teras, dekat sini. Saya mengambil kesempatan meninjau tempat tesebut yang kini tinggal terbiar tanpa dimajukan lagi.

Projek ini melibatkan kos yang agak tinggi dan diusaha dan dikendalikan oleh Penghulu Mukim pada suatu ketika di sebidang tanah padang ragut seluas lebih kurang 50 ekar, tetapi sekarang terbiar dan penuh dengan semak.

Saya berharap projek ini dapat dipulihkan dan akan berbincang dengan pihak-pihak berkenaan bagi tujuan tersebut dalam masa terdekat ini.

Ramai yang mengalu-alukan jika projek di situ dapat dimajukan semula termasuk Ketua Kampung Teras, Wahab Mohd Yatan yang turut berada ketika Saya melawat Projek tersebut, petang tadi.

Oleh kerana banyak yang perlu dibaik pulih, projek itu sudah pasti memerlukan kos dan peruntukan yang besar kerana banyak yang perlu diganti.

Pada mulanya Saya sendiri ingin membangkitkan perkara itu, ketika lawatan Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar Sabtu lalu, tetapi beliau tidak dapat hadir merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pada saat-saat akhir dan hasrat itu terpaksa Saya bawa dalam perjumpaan yang lain.

Saya sendiri pernah meminta peruntukan ternakan Lembu ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dalam lawatannya ke Batu Kurau suatu ketika dahulu.

0 comments: