Template by:
Free Blog Templates

7 July 2009

Penduduk Bimbang Berlaku Banjir dan Tanah Runtuh

Selasa, 7 Julai 2009, Kampung Mesjid, Ijok, Pembinaan Jalan Baru Kampung Mesjid-Ulu Mengkuang bernilai RM 15 Juta, sekali lagi membimbangkan penduduk berhampiran.

Jika sebelum ini, pembinaan Jambatan di Kampung Mesjid telah menimbulkan kegelisahan beratus orang penduduk akan berlakunya banjir, hari ini seorang penduduk, Abdul Manaf bin Ahmad yang tinggal di tepi cerun dekat Kampung Teras juga melahirkan rasa tidak selesa, bimbang berlaku tanah runtuh.

Hasil tinjuan Saya bersama Ketua Kampung, Abdul Wahab bin Mohd Yatam hari ini, beliau merayu sedikit peruntukan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengubah bangunan rumahnya agar lebih selamat, tetapi diberitahu oleh pihak berkenaan supaya jangan bimbang mengenai keselamatan mereka sekeluarga.

Tetapi, pada Saya apa salahnya jika JKR atau pihak-pihak berkenaan menimbang permohonan Manaf kerana malang tidak berbau, jika berlaku kecelakaan nanti, segala-galanya sudah terlambat.

Sementara itu, Hari Khamis, 9 Julai 2009 Perunding Projek, Juterra JkR Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Penghulu Ijok, Mahmud Fauzi akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk yang terlibat dengan projek jalan tersebut.

Saya juga akan hadir, bersama dengan Ketua-Ketua Kampung dan Cawangan UMNO yang berkenaan bagi membincang masalah yang timbul berikutan dengan pembinaan jalan sepanjang lima kilometer itu.

0 comments: