Template by:
Free Blog Templates

8 July 2009

Keputusan PPSMI Disambut Dengan Rasa Lega

Rabu, 8 Julai 2009, Saya mengalu-alukan keputusan Kabinet memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mathematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berkuatkuasa tahun 2012.

Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan keputusan Kerajaan itu di Ibu Negara hari ini.

Keputuusan Kerajaan itu, Saya lihat sudah tentu lebih kepada menjaga kepentingan semua pihak, terutama pelajar-pelajar Luar Bandar yang agak ketinggalan dengan pelbagai kemudahan dan kemahairan.

Justeru, langkah Kerajaan untuk memantapkan Bahasa Inggeri itu sendiri terutama di luar bandat adalah harapan rakyat selama hari ini.

Langkah ini juga membuktikan bahawa kepentingan rakyat luar bandar dimabil kira dengan tidak mahu memebankan mereka.

Namun demikian, keputusan Kerajaan itu, janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh bagi mencari publisiti murahan, teutama dalam Pilihanraya kecil Dewangan Negeri Manik Urai di Kelantan.

Saya percaya keputusan Kerajaan ini sujdah tentu setelah dibuat kajian yang mendalam bukan semata-mata mengikut sentimen sepeti yang biasa diamalkan oleh pembangkang, lebih-lebih lagi bila berlaku pilihanraya.

Diharap langkah untuk memantapkan lagi pembelajan bahaa Inggeris seperti yang diumumkan oleh TPM, tanggung jawab melakanan dasar itu hendak dibuat secara yang lebih positii dan penuh keinsafaan oleh mereka yang terlibat terutamanya di peringkat akar umbi.

Keputusan ini juga dilihat bagi memertabatkan bahasa Ibunda, selain tumpuan kepada memahirkan bahasa kedua sebagai mana yang dikehendaki oleh arus globalisasi.

Saya percaya ramai ibubapa yang telah sekian lama menunggu keputusan Kerajaan megnenai PPSMI itu dan mereka boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu merasa bimbang seperti sebelum ini.

1 comments:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr,
Sedarkah kita bahawa dengan dasar baharu ini kita telah memperlekehkan bahasa melayu bukannya memartabatkan sebagaimana kata YB menteri pelajaran. SJKC/T akan menggunakan bahasa mereka makanya apa yang ada pada bahasa Melayu?. Kenapa kerajaan takut untuk dengan tegas mewajibkan pembelajaran/pengajaran di semua jenis sekolah dlm bahasa Malaysia agar bahasa Melayu betul-betul dimartabatkan. Di mana konsep satu Malaysia. satu bahasa...entahlah Saudara harga politik untuk orang Melayu terlalu murah dan nilainya untuk orang bukan Melayu terlalu tinggi. Syabas Malaysia!