Template by:
Free Blog Templates

30 July 2009

Jangan Anggap MTD Kelas Dua

Hari ini, Khamis, Saya hadir mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah di bilik gerakan, Taiping yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Datuk Mahmud Murshidi.

Mesyuarat tersebut adalah yang kali kedua diadakan selepas Barisan Nasional (BN) ambil alih Kerajaan Negeri Perak. Orang Besar Jajahan LMS hadir kali petama sebagai ahli, demikian juga ADUN Changkat Jering, Kapt. Osman Zilu.

Bagi Osman Saya percaya itu adalah kali petama beliau hadir sebagai ahli Bebas setelah keluar daripada daripada pakatan pembangkang. Beliau sebelum ini adalah juga anggota EXCO Kerajaan.

Sebagaimana biasa, sebelum mesyuarat bermula, perkara kehadiran ahli mesyuarat tetap menarik perhatian, ini kerana masih ada Ketua Jabatan yang tidak dapat hadir, tetapi tidak menghantar timbalan mereka, sedangkan itu adalah arahan Kerajaan Negeri.

Mesyuarat juga tidak boleh diteruskan jika Pegawai Daerah tidak mempengerusikannya. Bagi Saya jika, Jabatan tidak menghormati mesyuarat tersebut, bagaimana ia akan berfungsi dengan berkesan.

Pada mesyuarat hari ini, Jabatan yang tidak menghantar Timbalan, tetapi pegawai biasa, telah direkodkan sebagai cacatan minit.

Masalah banjir tetap menjadi agenda perbincangan, selain teguran keatas projek-projek pembagunan yang sedang dilaksanakan.

Saya telah meminta agar masalah banjir di mukim Ijok diberikan perhatian serious kerana kampug-kampung di situ dan sekitarnya sering di landa banjir dan terbahru ialah pada hari Selasa lepas.

JPS akan membentangkan satu kertas kajian mengenai banjir di Ijok dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam mesyuarat akan datang.

Isu projek siap, tetapi tidak digunakan juga menjadi perbincangan hangat. Saya sendiri telah memberi contoh mengenai rumah kediaman yang telah siap dibina di kawasan sekolah model contoh di Redang Panjang juga dalam DUN Kubu Gajah.

Keputusan telah diambil, andainya tiada guru-guru yang berminat tinggal di situ, ia nya terbuka kepada mana-mana kakitangan Kerajaan yang lain. Begitu pun, ia bukanlah jalan penyelesaian, kerana kakitangan yang menerima elaun perumahan, pasti enggan berpindah ke situ.

Saya juga mencadangkan agar penyelarasan dibuat dikalangan Jabatan yang terlibat mengenai sesuatu projek yang hendak dilaksanakan itu bagi menggelakan birokrasi dan kelewatan.

Pada masa ini, laporan dariapda jabatan berkenaan dibuat secara berasingan dan ini kadangkali lewat, justeru dengan adanya penyelaras sedemikian, keputusan boleh dicapai dalam mana-mana mesyuarat bersama yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Mengenai Projek Pemeliharaan burong walit, Saya mencadangkan agar sejumlah wang deposit dikenakan keatas mana-mana pengusaha yang berminat, sebagai jaminan sekiranya mereka melanggar mana-mana undang-undang PBT.

Pada masa ini, lebih 400 lesen untuk pemeliharaan burong walit telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan perniagaan tersebut mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Mengenai kempen kebersihan, MPT akan mengeluarkan arahan kepada semua premis supaya tidak mengambil ringan mengenai masalah tersebut dan jika mereka tidak mengindahkannya tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak penguatkuasa.

Mengenai cadangan Pelan Induk menaikan taraf DUN Kubu Gajah, selain mukim Ijok, Pegawai Daerah telah mengarahkannya supaya disegerakan penyediannya untuk pembentangan dan perbincangan dalam mesyuarat akan datang.

Masalah kuarters Jabatan-Jabatan Kerajaan juga dibincangkan dan mana-mana bangunan yang terbiar diminat supaya diserahkan kepada mana-mana Jabatan yang tidak memilikki tanah atau bangunan untuk menggunakannya.

1 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Tindakan perlu seperti kelas pertama :-)









Pendirian Generasi Baru 1 Malaysia Tetap Sama:
Rujuk >> Blog 1 Malaysia