Template by:
Free Blog Templates

16 July 2009

Buku dan Ruas di Manek Urai


Kubu Gajah, Khamis 16 Julai 2009, Bagaikan buku dan ruas, pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai (MU), Kelantan Selasa l4 Julai kelmarin.

Barangkali ini adalah pertarungan paling sengit dalam banyak-banyak pilihanraya kecil sepanjang tempuh selepas pilihanraya umum 2008, setakat ini.

Daripada tujuh pilihanraya kecil, setakat ini, Barisan Nasional (BN) cuma menang satu di Batang Air di Sarawak, manakala Pas dan Keadilan masiang-masiang mencatat rekod kemenangan sebanyak Tiga.

Pas sebelum ini menang di Parlimen Kuala Trengganu dan Bukit Gantang dan di peringkat DUN di MU manakala rakannnya dalam Pakatan Pembangkang. Parti keadilan pula di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan peringkat DUN di Bukit Selambau di Kedah dan Penanti di Pulau Pinang.

Di MU, Pas bagaimanapun, masih mampu mempertahankan kerusinya, sekalipun dengan kemenangan tipis iaitu majoriti 65 undi. Pada pandangan Saya, biar besar mana sekalipun undi yang diperolehi mana-mana calon ia tetap merupakan satu kemenangan.

Calon Pas, Mohd Fauzi bin Abdullah, 50 tahun memperolehi 5,348 undi mengalahkan Tuan Aziz bin Tuan Mat, 39 tahun dari BN yang mendapat 5,283 undi.

Begitupun, majoriti Pas kali ini merosot 1,257 undi berbanding yang diperolehi pada pilihanraya umum 2008 sebanyak 1,352 undi.

Menurut analisi awal, undi BN bertambah 919 undi manakala undi Pas merosot sebanyak 398 undi. Begitupun, peratus keluar mengundi pada kali ini melonjak kepada 87 peratus atau seramai 10, 637 daripada 12,293 jumlah pengundi yang berbuat demikian.

Disebalik keputusan pilihanraya MU yang telahpun diketahui umum, seperkara yang cukup mendukacitakan berlaku ialah mengenai kecederaan yang menimpa dua orang puteri UMNO Perak yang sedang menjalankan tugas mereka.

Mereka ialah Nurfarahana Abdul Rahman dari Bahagian Beruas dan Wan Noor Azzuela binti Pawan Teh dari Bahagian Taiping.

Sebelum ini dalam satu pilihanraya kecil di sebuah negeri di utara, puteri telah ditakutkan dengan satu kejadian yang tidak bermoral oleh seorang lelaki.

Semua kejadian ini membuktikan bahawa pilihanraya bukan boleh diadakan sesuaka hati. Ini kejadian keganasan di MU, satu pilihanraya kecil. Saya tidak dapat Bayangkan jika desakan untuk membubarkan Dewan Perak dituruti dan berlaku pilihanraya baru di 52 kerusi DUN Perak?

Sebab itu bila ada pilihanraya soal menjaga keselamatan bukan mudah dan bukan hanya memerlukan seorang dua anggota polis, tetapi ramai. Dalam mana-mana pilihanraya yang menjadi masalah besar ialah untuk meletakan sejumlah anggota pasukan keselamatan yang cukup.

Ini tidak termasuk kos lain, justeru tidak ada satu jaminan 100 peratus tidak akan berlaku kekacauan, keganasan seperti di MU. Lihat apa yang berlaku di MU, dua orang puteri UMNO yang ikhlas menjalankan tugas mereka terlantar di hospital, gara-gara perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Begitupun, bagi semua parti yang bertanding ambilah iktibar. Apa gunanya pilihanraya jika keadaan tidak tenteram.

Bagi Tuan Aziz beliau jangan kecewa, kerana telah menjadi adat pertandingan, ada yang menang dan akan ada yang kalah.

Saya percaya beliau akan terus memberi khidmat sebagai persediaan pilihanraya umum yang akan datang di tambahkan lagi dengan panggailan telefon Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN dari Mesir. telah memberi kekuatan dan peransang kepada beliau.

0 comments: