Template by:
Free Blog Templates

4 July 2009

RTM dan KBS Kerjasama, Saluran Sukan

Sabtu,4 Julai 2009, Mengenai cadangan supaya RTM mewujudkan saluran Sukan, perkara ini pernah Saya bangkitkan semasa perbahsan di Parlimen, ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Beberapa orang Ahli Parlimen yang lain juga turut menyokong cadangan tersebut kerana mereka berpendapat saluran khas itu penting untuk memajukan sukan Negara.

Saya pernah mengajukan perkara berkenaan kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, termasuk mengenai Bernama TV, tetapi jawapan sama diberikan ialah melibatkan kos yang banyak.

Tetapi, alhamdullilah Bernama TV akhirnya kini beroperasi dan menjadi diantara peneybar maklumat penting kepada umum.

Jika kewangan juga menjadi masalah, kita boleh mencari penaja. Banyak Syarikat yang Saya percaya sanggup untuk tampil merialisasilan cadangan tersebut, kerana mereka akan mendapat hak penyiaran dan kepentingan-kepentingan lain.

Saya harap Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek boleh berbincang mengenai perkara tersebut.

Barangkali Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya dan Ketua Pengarah KBS, Datuk Zolkifli Embong juga memberi buah fikiran kepada Boss masing-masing.

Barangkali sebagai peringkat awal, RTM boleh menyerahkan hak saluran itu kepada Kementerian Belia dan Sukan mengikut kemampuan mereka.

Apa yang Saya lihat hari ini, ramai yang telah mengikuti siaran stesyen TV swasta termasuk dari Luar Negara.

Bahkan, daripada pengamatan Saya siaran Sukan RTM terutama pada sebelah malam juga agak kurang, sedangkan waktu itulah ramai penonton yang ada banyak masa untuk menonton TV.

0 comments: