Template by:
Free Blog Templates

11 July 2009

Masa Laporan Sukan RTM Wajar Ditambah

Kubu Gajah, Sabtu 11 Julai 2009, Mustahil unit Sukan RTM akan ditutup kerana prestasi kerja Kakitangannya amatlah baik dan memuaskan.

Daripada kaca mata Saya sendiri sebagai orang yang terlibat dalam dunia Bola Sepak Negara, Kakitangan unit sukan RTM sentiasa memberi kerjasama dan bertugas dengan penuh tanggungjawab serta didikasi.

Justeru, Saya tidak percaya jika ada mana-mana usaha unit tersebut akan ditutup kerana liputan sukan penting supaya masyarakat sentiasa memperolehi maklumat yang tepat dan cepat dan dalam konteks ini, RTM telah berjaya memmainkan peranannya.

Sebagai Media resmi Kerrajaan, RTM wajar mendahului lain-lain stesyen TV termasuk swasta dalam membuat laporan sukan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah arah unit sukan RTM ditutup.

Barangkali hasrat beliau sebenarnya adalah untuk menjadikan Kakitangan Meja Berita RTM itu lebih versetile dalam tugasan mereka tidak kira dalam bidang apa sekalipun termasuk sukan.

Cuma Saya ingin menyarakan di sini agar masa laporan sukan RTM itu ditambah terutama di waktu sebelah malam kerana Saya dapati waktunya sekarang agak terhad.

Dengan tambahan masa itu, Saya percaya laporan RTM yang baik sekarang ini akan bertambah baik dan dapat dipertitngkatkan lagi mutunya.

0 comments: