Template by:
Free Blog Templates

18 July 2009

Terlepas Peluang Tenguk MU di Bukit Jalil

Hari ini, Sabtu 18 Julai 2009, Ramai peminat bola sepak terkejut meliha Saya masih berada di kawasan Dewam Negeri (DUN), sedangkan di Stadium Nasional Buki Jalil, sedang berlangsung perlawanan bersejarah pasukan Malaysia berentap dengan Kelab ternama liga Inggeris, Manchester United (MU).

Saya juga menerima panggilan telefon daripada Datuk Seri Helmi Ismail,bekas Pengurus Pasukan Bolasepak Kuala Lumpur, bertanya samada Saya ke Stadium Bukit Jalil atau tidak?

Saya menghabiskan masa di kawasan kerana ada beberapa program yang tidak boleh Saya tinggalkan. Pada hari ini, Saya mempengerusikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau.

Pada sebelah pagi tadi, Saya bersama dengan Orang Kampung di Kampung Mesjid, Ijok kerana merasmikan sukan Kemas anjauran Kemas kawasan Saya. Dapatlah juga saya bermersra dan bertanya khabar dengan mereka.

Lagipun, kalau Saya hendak bekejar ke Kuala Lumpur pun tidak sempat, kerana perlawanan bola sepak MU-Malaysia berlangsung pada sebelah petang, tidak seperti masa-masa lalu, perlawanan yang melibatkan MU diadakan pada sebelah malam.

Ini adalah kali pertama Saya tidak kesempatan menyaksikan perlawanan MU di Malaysia. Lawatan MU, tahun 2007 terpaksa dibatalkan kerana berlangsungnya kejohanan Piala Asia di Kuala Lumpur hingga mencetuskan kontrovesi.

Begitupun, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan haji Ahmad Shah bermurah hati mengundang Saya untuk menyertai rombongan bagianda, menyaksikan perlawanan MU yang diadakan di Macao.

Penganjut perlawanan ini, sudah pasti dapat menebus kehampaan mereka setelah dilarang meneruskan hasrat mengadakan perlawanan MU-Malaysia di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kelab MU bertuah kerana mempunyai ramai peminat mereka di Malaysia. Beberapa kelab liga Inggeris yang lain, seperti Chelsean, Arsenal dan Liverpool juga mempunyai ramai peminat mereka di Negara ini.

Semoga perlawanan MU-Malaysia, berakhir dengan semangat penuh kesukanan. Mereka yang berpeluang ke Stadium, pasti terhibur. Juga diharapkan mereka yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung melalui stesen TV tempatan juga akan bergembira.

Majulah Sukan untuk Negara.

0 comments: