Template by:
Free Blog Templates

23 July 2009

Motif TR di Pelawa?

Kubu Gajah, Khamis 23 Julai 2009, Walaupun, Tengku Razaleigh Hamzah menolak pelawaan menyertai PKR, tetapi Saya rasa ramai juga ingin tahu apa kah sebenarnya motif tawaran tersebut dibuat.

Tidak kah dengan pelawaan seperti itu ia seperti merendah-rendahkan kepimpinan PKR yang sedia ada?

Ku li dikatakan di pelawa oleh seorang bekas Menteri Kabinet zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Bedawi dalam blognya.

Ekoran itu juga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga Timbalan Presiden UMNO menyifatkan pelawaan seumpma itu hanya cuba merendahkan kewibawaan politk Ku Li, bekas Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan.

Saya sempat mengenali Tengku Razaleigh selama dua penggal di Parlimen.

Ternyata PKR masih tidak berputus asa untuk menarik mana-mana tokoh politik termasuk wakil rakyat menyertai mereka.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden MCA telah pun menyertai PKR.

Di Perak, dua bekas EXCO PKR keluar parti dan menjadi ahli bebas dan menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

0 comments: