Template by:
Free Blog Templates

28 December 2010

Pelajar













Pelajar-Pelajar di Pusat Pengajian Tinggi dalam dan Luar Negara dinasihat agar tidak terbabit dalam mana-mana Demonstrasi, sebaliknya menumpukan perhatian mereka untuk mendalami ilmu.

Justeru, Saya menyarankan kepada semua Ibubapa dan Penjaga agar memantau dan mengambil berat segala aktiviti anak-anak mereka ketika berada di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi. Cara demikian sedikit sebanyak boleh mendisplinkan mereka

Jangan mempersia-siakan peluang di teirma masuk ke Universisi kerana ramai lagi yang tidak bernasib baik kerana tidak terpilih.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian Dermasiswa Yayasan Perak di Dewan Orang ramai FELDA, Ijok pagi tadi.

Seramai 14 orang pelajar yang diterima masuk ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Tempatan peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah menerima dermasiswa tersebut bagi kali kedua tahun ini. Kali pertama ia telah diadakan pada majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

Saya juga menasihatkan mereka agar tidak mencampur adukan pembelajaran dengan politik, kerana kebesan yang diberikan itu bukanlah bermakna mereka tidak ada had dan batas sempadan.

Mereka juga dinasihatkan agar menggelakan diri daripada terjebak dan mudah terpengaruh dengan propaganda merek yang tidak bertanggung jawab yang hanya ingin menjatuhkan Kerajaan.

Mengenai sumbangan dermasiswa itu, ternyata Kerajaan Perak dibawah Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir sentiasa mengutamakan kecemerlangan Pelajaran.

Justeru, rakyat miskin yang tidak mampu terus dibantu agar pencapaian anak-anak mereka tidak terjejas hanya disebabkan masalah kemiskinan.

Ibubapa dan Penjaga yang berpendapatan rendah sering menghadapi masalah menghantar anak-anak mereka yang terpilih ke Universiti kerana kos perbelanjaan yang agak besar.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bidang politik amat luas. Saya pernah belajar tentang pentadbiran yang diajar dalam mata pelajaran poltik dan termasuklah sejarah.

Asalkan apa yang dipolitikan tidak menyakitkan orang lain saya agak sudah mencukupi untuk dimasukkan dalam mata pelajaran poiitik.

Sebelum kita sakitkan parti lain empatikan perkara tersebut. Apa kata kita kalau orang lain pula yang menyakitkan hati kita.

Kalau politik berasaskan perkauman, kedaerahan, kesukuan, keagamaan dll. dan seterusya menyakitkan hati kaum, penganut,kawasan2 lain kita mestilah fikirkan tentang timbul baliknya dan kadang2 memakan diri sendiri dan kadang2 kita seolah mengajar puak lain seperti yang kita lakukan kepada mereka.

Seperti dasar penyusunan masyarakat orang Melayu di Singapura mungkin Malaysia mendapat ilham yang sama dan kesudahannya menyusun kaum Cina seperti yang dilakukan oleh kerajaan Singapura terahadap orang Melayu di sana.

Begitu juga memecahkan kaum Melayu kepada orang jawa, orang baewan, orang Bugis, Banjar dan lain2 di Singapura mengajar kita memecahkan kaum Cina kepada marga mereka yang berbeza2. Begitu juga kaum India

Akhirnya kita tak puus2 asyik berdendam dengan tidak memperdulikan sebab2 peperangan berlaku (seperti perang saudara, perang petani (peasant uprising), revolusi di Cina dan Rusia, German Poland lawan Yahudi).

Kebanyakan politik berakhir dengan perang bersaudara seperti di Afrika juga di Indonesia (antara fahaman komunis dengan yang tidak). Di malaysia misalnya TEAM A lawan TEAM B pada masa sekarang ini.

Misalnya dalam MCA dan MIC puak yang dikatakan menjadi proxy UMNO dan puak yang menyokong sistem ekonomi kapitalis dan demokrasi survival of the featus semankin menjadi2.

Perkara ini sangat serious. Munkin Barisan akan kalah di bandar2. Memang sepatutnya jika kawasan tersebut majoriti Melayu ahli dewan rakyat yang dipilih mereka tersebut hendaklah dipersetujui oleh UMNO. Inilah yang mereka katakan proxy UMNO. Tapi jika mereka mendapat majoriti seperti di Bentong tak payahlah mendapat endorse UMNO.
Kerana itu hak mereka tapi hak Melayu saya rasa tak boleh pilih ahli MIC yang pro-Deandraf

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Pada 27.12.2010 harga getah ialah $6.80 sekilo.

Jika kita pentingkan pembangunan sosial melebihi kepentingan ekonomi munkin kerajaan tidak dapat menambah cukai Persekutaun.

Oleh yang demikian saya memohon sekali lagi YMDS memantau harga getah kerana yang saya jual masih kurang 20sen daripada harga pasaran yang sebenar.

Kadang2 saya hairan juga kenapa AJK UMNO dan JKKK kita tak ada yang menoreh getah. Saya mohon YMDS pinjam getah mereka dan jual sendiri ke kedai getah. Inilah yang saya maksudkan turun padang 100%. Kalau tanya mereka yang tidak pernah menoreh munkin mereka hanya proxy sahaja bukan mengalami perkara tersebut.

Saya takut orang ramai yang YMDS jumpa di kampung2 hanyalah jurucakap atau proxy sahaja tapi mereka tak pernah menjalankan kegiatan2 ekonomi yang kita hendak majukan. Akhir2nya jurucakap yang disanjung manakala penoreh getah tidak dikenali.

Lagi satu, saya mohon YMDS turun padang ke kedai getah bertanya penoreh, pokok getah siapa yang mereka potong.

Kadang2 pencuri yang menjual getah-bukannya pemotong getah. Kalau harapkan polis mereka hanya suka menangkap pesalah lalu lintas dan di KL tempat Maksiat sahaja. Mereka kurang minat menangkap orang curi ketol atau buah kelapa sawit.

Kalau suruh tangkap orang curi ketol mereka galakkan kita sendiri yang menangkapnya.
Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Pada tahun 60an dahulu dermasiswa yang banyak sekali diberikan kepada pelajar.

Tapi sekarang ini biasiswa yang banyak diberikan kerana kita mengutamakan pencapaian didahulukan.

Jika kerajaan hendak membantu orang miskin tegar sepatutnya dermasiswa yang harus diperbanyakkan. Manakala pihak swasta hendaklah mengutamakan biasisswa dan kerajaan sepatutnya hanya memberi pinjaman kepada mereka yang kaya.

Kalau orang miskin berebut2 untuk mendapatkan biasiswa saya yakin kita tidak dapat membasmi kemiskinan secara total. Itulah pengalaman kami yang miskin yang menuntut di UM zaman dahulu kala. Kalau kami minta biasiswa sampai bila pun tak dapat kerana ia mengutamakan kecemerlangan. Tapi dermasiswa yang diberikan hanya mengutamakan mereka yang hanya perlu dapat masuk ke universiti pada zaman itu, terutamanya ramai antara kami yang miskin yang mendapat dermasiswa.

Ada juga anak2 Melayu yang dapat first class honours walaupun STP mereka tak seberapa baik seperti sekarang, sebagai contoh MB Selangor yang dahulu.

Jangan kita ingat pelajar dapat principal level dalam BM tapi kurang mendapat gred yang baik dalam mata pelajaran yang lain tidak dapat mencapai upper 2nd Class pada zaman itu. Ramai kawan2 saya yang dapat 2nd Class upper walau pun STP mereka kurang memuaskan.

Dalam bidang penilaian kita mesti faham tidak semestinya pelajar yang cemerlang sentiasa mendapat 1st class honours. Selalunya pencapaian yang baik ialah disebabkan kecemerlangan dalam bidang yang di pilih di pengajian tinggi.

Sebagai contoh pelajar yang dapat dua A dalam bidang komputer tapi hanya lulus dalam mata pelajar yang lain dalam sijil vokesyenal boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika dibandingkan dengan pelajar yang memperolehi semua A dalam mata pelajaran peringkat SPM tanpa mata pelajaran komputer mengikuti bidang komputer di peringkat ijazah tinggi.

Begitu juga dalam mata pelajaran lukisan jika mereka diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Uni seperti Limkokwing dalam bidang kreativiti. Kalau mereka dapat semua A dalam mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan kreativiti mungkin mereka kena kerja kuat barulah mereka dapat lulus. Tapi jika mereka peroleh C atau B dalam STP/A level lukisan (yang susah sekali nak dapat).

Sekian tentang pengelaman saya. Kalau tak percaya YMDS tanyalah YAB D Md Taib, Menteri Besar Selangor yang dahulu.