Template by:
Free Blog Templates

13 December 2010

Atap zin







Menyampaikan sumbangan atap zin kepada seorang penduduk, Alias bin Ahmad, 53 tahun di Kampung Bagan Bahru, petang tadi.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebaban beliau untuk menggantikan atap lama untuk majlis kenduri kahwin anak sulung peremuan beliau, awal bulan depan.

Alias, bekas Tentera begitu terharu diatas sumbangan tersebut. Beliau mempunyai anak ramai. Turut hadir di majjlis peyampaian sumbangan tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Cikgu Shamsuddin Ibrahim.

9 comments:

Anonymous said...

DMDS,

Di kampung saya bila atap diganti orang yamg mengganti atap mengambil atap lama.

Bila atap tersebut diminta tuan rumah, dia orang kata atap lama akan dihantar balik untuk untuk catitan pihak yang membantu.

Saya siasat tengok atap lama di mana letaknya. Saya pergi ke rumah ketua kampung tak ada atap lama. Saya pergi ke Penghulu mereka tak tahu ke mana atap lama dikumpulkan.

Mungkin atap lama di jual ke kedai besi buruk oleh orang yang menggantikan atap mereka.

Yang saya muskhilkan apa salahnya atap tersebut ditinggalkan kepada tuan rumah. Mereka pun tahu apa nak buat kepada atap lama. Tapi kalau betul2 untuk semakan audit dimana ia dikumpulkan? Saya pun nak beli atap tersebut kerana hendak buat pondok di kebun kalau dijual harganya sama dengan harga yang dibeli oleh kedai besi buruk. Kalau saya beli tuan rumah juga yang dapat duit. Kalau tidak kontrektor buat bumbung yang bertambah kaya.

Kita mesti hidup untung sama untung (win-win) baharulah rakyat dapat bersatu.

Sebagai contoh kita ada lebih 3 juta ahli UMNO tapi jika elit UMNO sahaja yang dapat semuanya apa nak jadi kepada 3 juta ahli lain. Begitu juga dengan parti2 lain.

Mana-mana parti hendak berjaya di Malaysia hendaklah memfalasafahkan cara hidup untung sama untung (win-win) iatu asas koperasi yang diajukan oleh Engku Aziz. Kita tak mahu orang jual air lior yang lebih untung daripada orang yang membanting tulang. Berkongsilah sama2.

Yang saya takut jurucakap dan pemudah cara yang mendapat untung yang lebih. Mereka yang betul2 miskin atau yang membanting tulang misalnya, kurang mendapat perhatian kerana munkin YMDS asyik turun padang dengan protokol. Kita takut protokol hanya membawa kita kepada kroninya. Inilah salah satu sebab pembangunan tidak ada di tempat lahir YMDS. Tiap2 minggu YMDS lalu sahaja di tempat lahir YMDS tapi tak ada protokol. Nampaknya pembangunan hanya ada di kawasan protokol sahaja. MANKIN banyaklah ular sawa dan tedung dekat kawasan situ.

Sekian pendapat saya.

Anonymous said...

YMDS,

Baru2 ini JK Pemandu Amanjaya bermesyuarat di Taiping. Saya nampak gambar yang ada di Perak To-Day adalah orang yang sama.

Kalau ada ahli JKKnya datangnya dari ULU (maksud saya rumahnya di ULU) barulah saya percaya mereka hendak membangunkan tempat kita.

Yang sebenarnya tempat seperti Tambun, Bagan Datuk, Lumut dan Greater Ipoh TIDAK perlu diberikan prioriti kerana ketokohan pemimpinnya boleh mendapatkan dengan senang bantuan pembangunan dari pihak swasta.

Kenapa Timbalan Menteri kita tidak serancak DS Ahmad Husni atau Menteri Pertahanan. Saya rasa YMDS perlu berbuat baik dengan beliau.

Cuba YMDS lihat Tambun, Manjung, Bagan Datuk dan Metropolitan Ipoh 5 tahun akan datang dan bandingkan dengan kawasan kita.

Saya rasa semua anak cucu kita akan pindah ke sana. Ramai saudara mara saya sesudah bekerja sebagai navy (nerpencen) tak balik kampung lagi kerana mereka katakan tempat MB kita akan berkembang lebih pesat daripada yang lain2 dan mereka berpendapat jual nasi lemak pun boleh untung lebih 200 ringgit sehari.

Sekian untuk makluman YNDS.

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak YMDS galakkan cikgu2 yang ada dalam UMNO seperti Cikgu Shamsuddin Ibrahim menghantar 'memorandum" ke Kementerian Pendidikan supaya kerajaan membina College Komuniti di Kawasan Adun Kubu Gajah.

...Kerana falsafah college communiti di Amerika berbeza dari yang ada di Malaysia. Cuba rujuk kepada MB kita kalau YMDS tak percaya cakap saya.

Di Amerika asal usul communiti college ialah untuk memberi peluang yang sama kepada mereka yang tak dapat masuk ke universiti mengikut mainstream.

Selalunya college communiti dibina di kawasan yang jauh dari universiti2 yang lain dan kalau tak silap saya ia dibina di mana ramai pendudunya tidak dapat masuk ke universiti biasa dan banyak lagi kriteria2 yang berkaitan dengan keciciran dan kemiskinan seperti kanak kulit hitam akan diutamakan.

Cuba YMDS lihat sekarang ini communiti college di bina di Taiping dan Kuala Kangsar di mana ramai masyrakatnya sudah pun menjejak menara gading.

Sepatutnya mengikut falasafah USA ia patut dibina di tempat2 seperti di Ulu Bersia, Ulu Selama, Ulu Ijok, bukan lagi di tempat2 di mana masyarakatnya sudah ramai berkelulusan universiti

Jika kita kreatif jadikan ia menampung ekosystem setempat dan menghasilkan penyelidikan asas tani, getah, kelapa sawit, kayu kayan dsbnya jika ia di bina seperti di kawasan ADUN Kubu Gajah. Yang penting sekali ialah kursus pemasaran dan Branding barangan asas tani.

Ramai Cikgu jadi AJK Adun dan di kawadan Parlimen. Kalau tak tahu buat kerja yang kreatif untuk UMNO tulis sahaja kertas kerja dan memorundum sebulan satu memorindum jadilah. Saya rasa itu pun jadilah untuk menjadi KPI mereka disamping meramaikan ahli.

Saya minta cikgu2 UMNO bangunlah dari tidur bukan chit sahaja di inetrnet (orang muda) atau kedai kopi bila pencen. Kalau kita asyik sembang kedai kopi sampai bila pun ADUN Kubu Gajah tak kaju seperti Sri Iskandar.

Anonymous said...

YMDS,

Cuba YMDS buat kajian kenapa sesetengah askar jadi miskin sampai atap pun minta bantuan, tapi ada saudara mara dan kawan2 kita yang menjadi askar (tanpa pangkat) ada yang berumah batu.

Saya lihat kita tak dapat mengujudkan kawasan industri di tempat kita walaupun tempat kita lebih strategik dari Gopeng atau pun Tasik. Tempat kita nanti akan hanya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke pelabuhan jika lebuh raya siap. Saya takut ada orang SIDE-CUTTING untuk membina jalan keretapi ke Manjung terlebih dahulu ( KALAU UNTUK keretapi pessenger saya ingat ia akan jadi gajah putih lagi). Sudahlah mereka UNDER-CUTTING lapangan terbang BRIAH. Yang sebenarnya ia tak payah tunggu masa kerana ia dibina melalui pinjaman. Sepatutnya hitam putih tentang pinjaman sudah pun siap kalau kita ada orang yang pandai di IDR. Saya takut mereka tak pandai. Akhir2nya Consultant yang untung banyak. Saya minta YMDS memilih mereka yang bertaraf consultant bekerja di IDR bukan think-tank semata2.

Jika kita dapat mengujudkan kawasan industri sudah tentu askar pencen boleh diserap menjadi security guard. Buat sementara YMDS tentukan yang mereka sudah pun menjadi anggota RELA.

Apa yang saya takutkan Gurga, kita bagi gaji $1,200 sebulan tapi kalau orang tempatan dari Ulu kita berikan gaji $600 sebulan. Di Timor Tengah, mereka bagi gaji banyak kepada orang tempatan dan kurang sedikit daripada orang luar kecuali orang putih. Orang Putih memang mereka sanjung tinggi walaupun orang putih tak suka mereka, kecuali di IRAN dan IRAQ dan sekutunya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

YMDS asyik turun padang beri atap zing, beri itulah dan beri inilah.

Tapi YMDS tidak memantau harga getah yang kami jual.

Nampak gaya kami kena tindas bodoh2.

Harga pasaran getah basah tanpa ada kayu didalamnya ialah $6.37 sekilo hari ini. Tapi cuba YMDS pinjam getah Ketua Kampung dan jual sendiri (turun padang). Cuba lihat berapakah harganya.

Saya minta YMDS dapat membantu kami supaya mendapat harga pasaran yang sebenar. Pembeli membeli getah saya $6.15 sen sekilo hari ini.

Lebih kurang 22 sen hilang. Lepas itu cuba yang berhormat tanya kedai getah di Selama, Jalan ke Sungai Bayor tempat getah ini dijual. Selalu mereka ke sana dalam masa pukul 2/3.00 petang.

Saya minta YMDS turun padang sendiri. Tak payah bawa ketua kampung. Kalau bawa mereka YMDS kena belanja mereka lagi. Daripada belanja lebih baik berikan kepada mereka benih pokok gaharu.

Ramai wakil rakyat tahu jika kita beri duit mereka akan datang lagi minta duit, kalau bagi makanan mereka datang lagi minta makanan, kalau bagi zink mereka minta lagi zink. Tapi kalau bagi kerja disyarikat YMDS mereka tak minta zink lagi. Bagi baja dan benih mereka tak minta makanan lagi kalau bagi saham arowana Bukit Merah mereka tak minta duit lagi dan akan dapat keuntungan 46% percent setahun melebihi untung bank rakyat dan saham FELDA yang pertama. Yang simpan ASB tu orang tak berapa pandai(bodoh2 cerdik)

Daripada bawa ketua kampung, elok YMDS berikan mereka benih gaharu yang nombor satu (seinci $800 ringgit untung).

Perkara yang saya sebut2kan ini perkara lama. Sudah ramai wakil rakyat yang tahu tapi mereka masih suap mereka cara lama. Sebab itu ramai yang sakit jantung dan darah tinggi kerana makan suap sahaja. Galakkan mereka mengeluarkan peluh seperti menoreh getah. Sekilo hanya 10 pokok tua sudah dapat 6.15 ringgit. Rugi masa sembang di kedai kopi. Cuba YMDS lihat orang yang sama saja yang menjadi penunggu kedai kopi. Bila mereka jumpa saya mereka terkejut kerana lama tak jumpa. Mereka sampai sekarang tak tahu saya menoreh getah dan menanam serai. Mereka hanya kenal orang kedai kopi dan wakil rakyat sahaja.

Sekian. Terima kasih kerana YMDS sudi mendengar celoteh penoreh getah.

Anonymous said...

YMDS,

Saya telah mendapat ilham daripada lawatan DYMahamulia YDAgong ke Qatar.

Saya juga lihat Majuperak nak tanam kelapa sawit.

Saya juga lihat kerajaan hendak mengutamakan kreativiti dan inovatif.

Saya cadangkan Majuperak hendaklah SMART selain daripada inovatif. Perak mestilah tanam atau pelihara haiwan yang banyak mendapat keuntungan dan sedikit modal.

Sebagai contoh hasil daripada lawatan YDAgong sudah tentu YMDS dapat ilham untuk membela Kuda. Dulu saya pernah lihat lelong kuda hingga lebih sejuta ringgit seekor.

Memang kita miskin tapi Bukit Merah sudah upaya mengeluarkan ikan kelesa yang dulunnya tak mampu di bela oleh orang miskin.

Bukit Merah sudah menjadi ICON pembangunan saya (bukan Batu Gajah). Mungkin syarikat Cina tu tak pergi ke Bukit Merah. Kalau dia pergi sudah tentu ia mahu bangunkan theme park di Bukit Merah. Bukit Merah memang macam Finland YMDS. Batu Gajah tak ada apa benda untuk dijadikan theme park.

Kita banyak tanah di kawasan ADUN Kubu Gajah. Cuba tanam pokok gaharu atau pokok belian di kawasan yang terdapat pokok lama yang sudah pun mati di hutan simpan kita. Atau pun buat estet Belian atau Gaharu supaya pencinta alam tak berapa marah. Hutan kita kekalkan tapi hendaklah disulam dengan pokok yang sangat menguntungkan.

Majuperak tak tahukah Arowana, Walit, Gaharu, Belian, Kuda sangat menguntungkan?

Saya pernah mendengar ceramah tidak lama dulu yang mengatakan ORANG MELAYU tak pandai, kalau nak mencuri mereka curi $5 dan penjaranya lima tahun. Tapi kalau mereka tipu/curi $50 juta penjaranya juga 5 tahun kalau kita panggil YB Karpal Singh jadi lawyernya.

Begitu juga dalam hal pertanian dan ternakan haiwan. Ternakan ayam patut ditukar kepada KUDA dalam bentuk saham atau koperasi. Bela ikan talapia patut ditukar dengan arowana. Kelapa sawit tukar kepada pokok belian/atau gaharu. Sangat senang jaga, tak payah merumput jika kita tanam rapat2. Saya tanam nenas rugi banyak kerana asyik merumput.

Saya mohon YMDS (maksud saya maju PERAK) buat estet AROWANA dan WALIT (banyak pokok kelompong di sana untuk mengasilkan serangga makanan walit)di antara Sungai Krian dengan Jalan Selama-Bagan Serai. Yang susah sedikit ialah Ph airnaya kadang2 melebihi skala lapan untuk pembiakan benih. Tapi air anak sungai Dendang yang mengalir di belakang rumah YM Raja Hj. Omar saya dapati Phnya agak sesuai semasa musim banjir atau tengkujuh semasa kelesa bertelur.

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Dahulu kerajaan hendak meluruskan jalan dari kilang kelapa sawit dekat Kubu Gajah hingga ke 'kilang' membuat gelung dekat Lembah Keluang. Tapi ramai yang tak suka sebab mereka katakan Kubu Gajah akan mati.

Tapi mereka tidak melihat Kubu Gajah akan berkembang/meluas ke Greater Kubu Gajah.

Bajet 2011 kerajaan Perak mengutamakan pembangunan sosial.

Boleh tidak YMDS rancang pembinaan rumah PPRT sepanjang kawasan 22'(tanah reserve) yang dahulunya hendak dijadikan jalan raya bagi meluruskan jalan yang sedia ada supaya dapat di bantu kerajaan Perak. Penghujungnya dekat rumah Puan Kannama, jalan ke estet Lembah Keluang. Tempat ini berpotensi akan jadi perumahan seperti Sungai Rokam di Ipoh, yang dulunya tempat penempatan orang kurang berada/miskin dan sekarang sudah pun menjadi kawsasan perumahan mewah.

Tempat2 seperti Simpang Pulai, Chemor, Jelapang dan Batu Gajah boleh dibangunkan dengan rumah2 tanpa bantuan kerajaan negeri Perak kerana pihak swasta bila2 masa (berebut2) mampu membangunkan tempat tersebut.

Tapi kalau taman perumahan di bina di kawasan seperti Kubu Gajah sudah tentu pihak swasta tak mahu buat apa2 kerana tak untung. Kalau di Manjung dan Port Weld dan Tambun mereka sudah nampak keuntungannya sudah terserlah, walau pun belum ada pembanguan sosial yang begitu pesat dimulakan. Dulu pakar Prof.Tok Janggut, saya tak tahu namanya sudah pun nampak Lumut akan berkembang maju dan saya pula sudah nampak Tambun akan berkembang maju. YMDS fikir2lah sendiri kenapa saya katakan demikian.

Terima kasih kerana YMDS sudi mendengar ramalan kami yang mengatakan TAMBUN, LUMUT/PORT WELD dan BAGAN DATUK akan maju dan mengalahkan Sri Iskandar di satu hari nanti.

Anonymous said...

YMDS,

Harga getah basah pada 16.12.2010 ialah $6.42 tapi getah kami dibeli dengan harga $6.25. Harga getah yang mereka (peraih) beli dijual di Selama ialah lebih $7.15. Kami tak boleh jual kesitu (Selama) kerana kami tak ada lesen membeli getah.

Boleh tidak kedai RISDA dibuka semula tapi RISDA hendaklah membeli dengan harga pasaran bukan macam dulu. Dulu mereka beli lebih rendah dari pembeli getah tempatan.

Saya minta tolong YMDS menyelaraskan harga getah di kawasan ADUN Kubu Gajah. Rugi banyak YMDS, bayangkan kami selalu rugi 20 sen sekilo. Kalau satu lori satu ton yang dijual, berapa taukey getah dapat disamping menjual getah dengan harga 7.15 sekilo. Tengoklah YMDS taukeh getah kami sudah ada tiga rumah dan sekarang sedang membesarkan rumah yang didiaminya.

YMDS asyik membantu mereka yang menjadi ahli politik, tapi saya rasa YMDS kurang membantu orang yang memangkah Barisan tapi tak menjadi ahli politik.

Sekian.

Anonymous said...

Saya nukilkan sajak dibawah untuk tuan.


Kami, anak-anak kampung itu meminta sebuah padang bola

Tuan,
Berikan kami padang bola
Agar kami bisa menyepak, melepas geram
Menyemai perpaduan
Bersemangat sukan
Manalah tahu, lahir bintang
Tuan bangga, pengundi pun datang
Juga,
Tidaklah kami berembun malam di jalanan
Sembang kosong, umpat-umpatan
Lalai dan khayal akan benda haram
Dimarahi manusia dilaknat tuhan
DUN tuan, dilabel kawasan hitam
Dikatakan tuan tidak menjaga jawatan
Mana tahu jawatan bertukar tangan
Jangan dituduh kami kejam.

Tuan,
Berikan kami padang bola.
Bukan untuk kami sahaja
Tapi untuk semua.


Anak muda Kampung Sungai Jernih, Ijok.