Template by:
Free Blog Templates

12 December 2010

Petanque








Bakat-Bakat Baru banyak dan boleh diketengahkan dari kawasan Kampung dan Luar Bandar, jika usaha bersungguh-sungguh dilakukan.

Ramai Atlit dan Ahli Sukan adalah dilahirkan dari kawasan luarbandar, sekalipun kemudahan yang berkurangan. Justeru perhatian memperbanyakan lahi kemudahan sukan di luarbandar harus dipertingkatkan.

Saya berkata demikian ketika berucap meresimakan Lampu Limpah di gelanggang Petanque DUN Kubu Gajah dekat Padang Majlis Daerah Kubu Gajah, malam tadi.

Sebagai ADUN sebagai amat berbangga kerana, DUN Kubu Gajah adalah satu-satunya dalam Parlimen Larut yang memilikki gelanggang sukan berkenaan dan Kelab Petanque yang kini mempunyai seramai 66 orang Ahli yang diketuai Pesara posman, Abdul Karim Ismail.

Memandangkan komitmen yang begitu tinggi di kalangan ahli-ahli Kelab Saya sendiri akan berusaha membantu mereka dalam menjalankan program dan aktiviti bagi menarik lebih ramai lagi orangramai menyertainya.

Kelab ini, disamping menumpukan di bidang kesukanan juga mampu mencetuskan semangat Perpaduan kaum.

Saya berharap dengan dorongan dan suntikan semangat tidak mustahil suatu hari nanti akan melahir bintang baru yang bukan sahaja mewakili Negeri Perak, tetapi Negara di kejohanan sukan SEA dalam acara Petanque.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita perlu kreatif. Kalau boleh menghasilkan ahli lumba kuda. Ini kita asyik main permainan yang kurang menguntungkan. Main golf ke boleh juga atau tenis boleh lah juga digalakkan.

Kita mesti ingat bukan pertanian sahaja untuk perniagaan tapi juga kesukanan. Kadang2 kita Melayu ni macam katak di bawah tempurung. Kita mesti ikut yang di Pertuan Agong supaya sukan berkuda bukan hanya untuk mereka yang berada tapi juga bagi mereka yang miskin. Dulu saya tengok ramai pelumba kuda orang bowean (boyan). Kerja mereka hanya memberi makan kuda tapi bila lawan kuda bukan Ah Chong yang kuat tapi gembala kuda yang kuat. Saya ingat dulu Ah Chong yang kuat tapi ramai orang Melayu yang kuat. Orang Melayu salah pilih permainan agaknya. Lagi pun Pemimpin PAS pun naik kuda. Sekarang ramai nak memanah pula. Tapi kita kalah di sukan ASIA. Tapi untuk SUNAH NABI sukan berkuda dan memanah ini harus diteruskan dan digalakkan supaya babi hutan dan kera tak banyak yang tinggal di Jajahan Selama. Saya boleh belajar memanah kera.

Sekian untuk makluman YMDS.