Template by:
Free Blog Templates

26 December 2010

Gelanggang






Ibarat Kata Perpatah, Rumah Siap Pahat berbunyi. Begitulah keadaan yang dialami gelanggang Futsal pelbagaiguna di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjong.

Dalam tinjauan ke projek tersebut selepas menerima aduan daripada Ketua Kampung, Ismail Hashim didapi beberapa bahagian lantai gelanggang sudah ada kesan pecah.

Selain daripada itu, jarak tiang gol dengan tiang untuk permainan bola jaring terlalu dekat dan sukar bagi pemain bergerak bebas.

Anehnya, gelanggang bernilai lebih RM 100,000 itu baru sahaja beberapa bulan siap selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, tetapi sudah berlaku kerosakan.

Ismail pula menjelaskan beliau langsung tidak dirujuk dalam perkara perlaksanaan projek itu. Namun mereka tetap berterima kasih diatas pembinaan gelanggang tersebut kerana ia dapat digunakan oleh remaja di RTBK untuk aktiviti mereka.

Namun, ia menjadi persoalan ialah kenapa ia cepat rosak sedangkan ia baru sahaja siap dilaksanakan pembinaannya?

Saya akan meminta penjelasan daripada pihak berkenaan mengenai masalah yang timbul dan berharap di masa-masa yang akan datang setiap projek yang hendak dilaksanakan haruslah dibincang dan dirujuk terlebih dahulu kepada Jkkk.

0 comments: