Template by:
Free Blog Templates

26 December 2010

UMNO









Pucuk Pimipnan Parti UMNO haruslah mengutamakan pandangan daripada akar umbi dalam menentukan kekuatan jentera Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Justeru, UMNO harus mengabil iktibar daripada pengalaman PRU ke 12 bagi menggelakan Pisang Berbuah dua kali.

Jangan ketepikan kehendak Bahagian kerana merekalah yang lebih tahu dan faham keadaan kawasan masing-masing.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian Larut di majlis taklimat Persiapan PRU ke 13 oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diketuai oleh Pengarahnya, Datuk Mohamed Shaarani yang juga Anggota EXCO Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Astaka, Batu Kurau, pagi tadi, anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian bersama UMNO Bahagian.

Justeru, UMNO Bahagian Larut menyokong pandangan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa parti itu akan meletakan Calon-Calon yang yang popular di kalangan rakyat dan menjamin kemenangan.

UMNO dapat menggurangkan masalah besar jika para Pemimpin sentiasa bersedia turun ke Padang kerana kemunculan mereka itu akan menyakinkan lagi rakyat.


Saya berpendapat adalah lebih baik Menteri itu turun sendiri ke bawah dan melihat masalah yang sedang dihadapi rakyat sambil kepimpinan akar umbi membantu merujukan apa jua masalah yang timbul.

Kehadiran Menteri memudahkan mereka membuat keputusan dan mengatasi masalah yang menghimpit rakyat yang memerlukan perhatian segera.

Merapatkan apa jua perbezaan amatlah penting pada ketika 18 bulan penangguhan pemilihan UMNO di setiap peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat Parti itu bagi memperkukuhkan kekuatan parti menghadapi lawan.

Turut memberi ceramah di bengkel tersebut ialah Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Larut, Hajjah Sawapiah Yahya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya dengar PAS dan PKR tidak mencalonkan yang 'popular' tapi yang terbilang, gemilang...

Mereka memilih menggunakan penilaian menyeluruh. Kesilapan PKR ialah kerana mereka tidak menerangkan kepada ahli kriteria pilihan terlebih dahulu sebab itu ramai yang agak ia lebih sesuai menjadi calon yang tidak terpilih menjadi heboh. Sekarang ni ramai sangat yang pandai tapi sedikit sahaja yang rajin seperti Lee Lam Thye.

Sememangnya mereka sesuai menjadi calon tapi dalam pilihan raya (demokrasi)belum tentu mereka suka Ketua Bahagian/orang yang 'popular' seperti Jins Shamsuddin (beliu saya rasa agak sombong) yang dipilih menjadi calon. Saya rasa yang paling popular dari segi penampilan bersuara (karismatik) ialah KJ tapi beliau belum tentu dapat menukar Rembau menjadi Shah Alam atau Putrajaya walaupun beliau lulus OXFORD.

Mungin bagi intelektual mereka melihat rumah wakil rakyat tidak semankin besar tapi tempat lahirnya akan semankin besar dan modern.

Sekian untuk makluman YMDS.