Template by:
Free Blog Templates

27 December 2010

Perosak






JKKK digesa membantu menghapuskan musuh-musuh tanaman di kampung masing-masing.

Ramai petani mengeluh serangan musuh tanaman yang mengakibatkan banyak tanaman rosak.

Anggota-anggota rela yang kebanyakan memiliki senjata api juga digesa membantu kempen menghapuskan musuh tanaman.

Saya berkata demikian ketika merasmikan kempen menghapuskan musuh-musuh tanaman di Sungai Ara.

Seramai 20 orang penduduk mengambil bahagian dalam kempen anjuran RELA bersama JKKK Sungai Ara.

Turut hadir menyertai kempen tersebut ialah lT kol (RELA), Roslan Bin Mat Razi, yang juga pegawai rela Taiping dan ketua kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Haji Abdullah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sangat berbangga dengan program membasmi haiwan prosak Sg. Ara. Di harap YMDS harus juga berjumpa pemburu2 Bukit Mertajam/Kulim datang ke kawasan kita memburu babi hutan.

Dulu ramai yang datang ke kampung kita setelah saya mengundang mereka datang.

Sekarang ini bilangan mereka agak berkurangan kerana banyak sangat road-block waktu malam dan kadang2 tanya mereka macam2.

Mereka datang mulai jam 1.00 tengah malam. Dan yang pula tempatan waktu pagi. Tiap2 pagi saya dengar bunyi senapang mereka sebelah pagi tapi sekarang ni agak berkurangan tetapi babi semankin banyak.

Saya syorkan YMDS mengumpulkan nama2 mereka melalui kakitangan polis yang membuat road block. Saya boleh hadiahkan kepada mereka wang bila mereka dapat menembak babi di belakang rumah saya.

Di belakang rumah ayahanda YMDS masih kelihatan babi sebesar anak lembu antara jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang. Lembu mati pun pernah dijumpai disitu kemungkinan ular tedung selar yang membaham lembu tersebut.

Lebih 700 aduan masyarakat diterima oleh kerajaan tapi kementerian masih tidak dapat membuat sesuatu hingga hari ini. Mungkin kita perlukan pakar juga untuk mengatasi perkara ini.

Sepatutnua PERHILITAN diberikan peruntukan untuk membayar tanaman yang dirosakkan oleh haiwan tersebut. Sebagai contoh mungkin $5.00 bagi sepokok ubi kayu yang besar. Begitu juga pisang. Anak pisang berangan saya beli $2.00 se batang. Anak nangka madu $6.00 ke $16.00 sebatang.

Sepatutnya jabatan perhilitan diletakkan di Kubu Gajah bukan di Selama. Di Selama kera banyak hanya di belakang hospital tapi mereka tak peduli pun. Sepatutnya mereka turun padang bukakan mata lihat sekeliling. Tempat kita yang paling banyak kera tapi rela datang tidak kena masanya. Mustahil sekali rela tidak tahu menahu waktu bila kera datang ke kampung kita. Selalu ia datang 2 kali pukul tujuh dan selepas tengah hari dan balik hampir senja dan ada yang tidur di tanah Allahyarhamu YM Raja Mustafa yang telah dijualnya ke Janabon, Kuala Lumpur.

Saya mohon YMDS majukan kawasan ini, iaitu tempat lahir YMDS. Saya syorkan YMDS buat petrol pam seperti YB ADUN Selama. Saya sangat gembira dengan beliau kerana membangunkan di kawasan rumah bapanya dengan wang sendiri dan membangunkan tempat lain dengan wang kerajaan.

Saya rasa jika YMDS bina PETRONAS di situ ramai keluarga kita yang akan pindah balik kekampung.

Lagi pun saya lihat mereka di Taiping, Ipoh dan KL asyik perlukan juga kerajaan membantu mereka. Bermakna mereka pun bukan ramai yang senang sangat, asyik marah ke pembangkang (DAP, PKR)

Terima kasih.