2 December 2010
Dewan 3
Menghadiri sidang dewan undangan negeri (DUN) Perak hari ketiga, pagi tadi.
DUN meneruskan sidang belanjawan hari ketiga di bangunan DUN SUK di Ipoh.
Dalam soalan tambahan saya menayakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry abdul Kadir mengenai samada zon-zon baru projek ikan Arowana dan Kelisa akan di buka di tempat lain, selain di Bukit Merah.
Ini adalah kerana terdapat juga peliharaan ikan Arowana dan Kelisa di Kuala Kangsar dan Sungai Siput.
Sejak akhir-akhir ini banyak bendang di Bukit Merah telah dijual kerana harganya begitu mahal disebabkan projek ikan Arowana dan Kelisa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Kami ingin tahu juga berita tentang banyak mana sebahagian belanjawan yang debentangkan bagi pembangunan kawasan yang kurang maju seperti di kawasan ADUN Kubu Gajah, Selama dll.
Takkanlah peruntukan masih digunakan untuk kawasan lembah Kinta dan seterusnya hingga ke Lumut sahaja.
Saya mohon YMDS meminta meluluskan jawatan ahli EXCO supaya datangnya dari kawasan yang mundur untuk 5 tahun yang akan datang supaya mereka dapat membangunkan tempat mereka sendiri supaya setanding dengan Sri Iskandar. Kita misti buat satu Standaed kayu ukur (cut-off point). Saya fikir piawaian kayu ukur kita adalah bandar Sri Iskandar. Ini bermakna mana2 kawasan ADUN yang belum mendapat pembangunan dan kemajuan seperti Sri Iskandar hendaklah dimajukan dengan terlebih dahulu. Tinggalkan buat sementara kawasan yang sudah maju, iaitu yang sudah mencapai tahap seperti bandar Sri Iskandar.
Kalau kita pilih ahli EXCO berdasarkan kepakaran, kita sudah ada pegawai JPA dalam negeri yang kehebatan kepakarannya lebih berpengelaman dari exco yang dipilih. Tentulah kerja exco yang ada kepakaran bertindih dengan kerja ketua jabatan negeri yang mempunyai pengelaman pembangunan yang saya agak setanding atau lebih baik dari Exco yang dipilih.
Kalau tak ada peruntukan untuk kemajuan kawasan ADUN Kubu Gajah memadailah kawasan sekitarnya mendapat bantuan seperti kawasan ADUN Alor Pongsu, Selama dan Batu Kurau kerana pembangunan di tempat tersebut akan juga melempeh ke kawasan ADUN Kubu Gajah, lambat laun.
YMDS hendaklah jangan berjuang secara solo. Joint venturelah dengan ADUN Selama, Batu Kurau dan Alor Pongsu supaya tempiasnya akan sampai juga ke kawasan ADUN Kubu Gajah.
Munkin mereka dah kaya sebab itu mereka tak mahu bising dalam dewan persidangan.
Saya sangat gembira kerana dewan kita selalu penuh kursi tapi dewan rakyat ramai yang tak datang kecuali pembangkang dan dari Sarawak dan Sabah. Mungkin kita akan dapat PM dari Sabah kalu kita tidak selalu bersidang. Itulah ramalan saya yang bukan seorang bomoh.
Terima kasih YMDS
YMDS,
Isu tentang tanah terbiar dibincangkan sejak saya kecil lagi.
Boleh tidak YMDS mensyorkan melantik pakar ekonomi yang boleh mengatasi isu tanah terbiar.
PM kita pilih Prof. Denny Quah, Head of Economic Department Universiti London. Adakah beliau ini pakar ekonomi yang boleh mengatasi msalah tanah terbiar.
Kerajaan rugi berjuta2 ringgit sebab tanah terbiar.
Cuba YMDS tanya Datuk Chang Ko Youn entah beliau tahu bagaimana hendak mendapatkan cukai dari tanah terbiar dan memajukan tanah terbiar. Kalau tidak YMDS tanya juga Prof. Datuk Dr. Nor Azlan Ghazali, penasihat IDR. Sudah tentu banyak tanah terbiar di Hulu Perak. Kita ada terlampau ramai penasihat think-tank tapi tak ramai yang dapat bertindak/buat kerja.
Saya pernah menerima pensyarah kunjungan Paulo Freire. Beliau berkata pembangunan tak akan tercapai jika think-tank/pembentuk dasar tidak membantu, sama2 bekerja dengan pelaksana. Di kuliah tersebut beliau mencadangkan PATICIPATORY DEVELOPMENT.
Sebagai contoh jika pembentuk dasar tdak sama2 turun padang menanam nenas dengan penanam nenas, estet nenas tidak akan dapat dihasilkan di Malaysia secara besar2an. Rakyat yang menanam nenas bolehlah juga membuat lawatan ke estet nenas PM kita misalannya. Ini hanya sebagai contoh. Ini bermakna think-tank kita pun menanam nenas di tanah mereka. Rakyat pun menanam nenas di tanah mereka. Sekali sekali mereka bertukar2 fikiran dan salin lawat melawati.
Saya syorkan juga YMDS mencadangkan kerajaan memberi ganjaran kepada DO/ADO yang dapat memajukan tanah terbiar dan yang dapat mengutip hasil tanah yang banyak berdasarkan peningkatan kutipan hasil tahunan.
Kalau boleh DO senaraikan nama2 yang tidak membayar cukai melebihi tiga tahun di balai2 raya atau masjid supaya waris mereka tahu sebanyak mana bayaran tertunggak yang perlu mereka bayar.
Kalau kita tak kutip duit macam mana nak bagi gaji DO/ADO. Sepatutnya isu inilah yang perlu dibahaskan dalam belanjawan.
Kita asyik bentangkan pembangunan Batu Gajah tapi tak bentangkan dari mana duitnya datang. Pebincangan belanjawan hendaklah seimbang antara pembangunan dan hasil yang dipungut.Kalau tidak kita akan dapat defisit.
Perlu juga diberikan hadiah kepada DO yang pandai mengutip hasil tanah.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Di zaman British dulu penjajah mahukan the 'sons of fishermen menjadi 'better fishermen' daripada ayah2 mereka.
Sekarang ni banyak rancangan kerajaan hendak mengekalkan petani supaya lebih berjaya daripada ayah mereka yang dahulunya juga petani. Yang membezakannya ia lebih bertujuan menjana pendapatan yang lebih baik.
Dulu pun kita jual hasil yang berlebihan daripada hasil tanaman kita.
Cuba tanya sidang dewan berapa ramai antara meraka yang mahu bertani? Yang kita takut ahli dewan berebut2 nak jadi pengarah GLC dan SLC tapi kami asyik disuruh memodenkan pertanian. Tangki membawa kelapi sawit dengan motorsikal pun lebih 2000 harganya. Yang lain lebih mahal harganya. Sepatutnya cukai import mesin pertanian hendaklah dimurahkan lagi terutama sekali mesin yang digunakan oleh pekebun kecil (jentera 3 roda atau motorsikal)
Yang sebenarnya kalau tidak diindustrikan perusahaan nenas pun, kita boleh jual nenas sebiji seringgit. Tak payah ditinkan atau dibuat jam seperti yang disyorkan. Berkongsilah sedikit dengan orang yang pandai buat jam. Jangan makan keliling.
Tapi saya masih kekal menjadi the son of fisherman bukan CEO atau GM syarikat walaupun kelulusan saya lebih baik daripada sesetengah mereka. Mereka tak tahu 'branding' dan 'marketing'. Mereka tahu hanya perakaunan. Siapa nak jual perakaunan CEO. Serupa CEO Petronas tak pandai cari telaga minyak. Kalau tak pandai cari telaga minyak apa yang hendak di lakukan CEOnya. Yang gaji banyak ialah orang yang tanya sama ada penyata tahunan siap atau tidak tapi bukan yang pandai cari telaga minyak.
Saya nak jadi CEO tapi mereka kekalkan saya aebagai 'a son of fisherman' supaya saya lebih berjaya dari bapa saya yang dahulunya juga seorang FISHERMAN.
Inilah sebab2nya kami berhenti kerja kerana yang banyak gaji bukan tukang masak restoren tapi managernya. Kalau tak sedap makanan yang dimasak managernya pun gulung tikar tapi tukang masak masih boleh memasak dan berniaga.
Kami berhenti kerja kerana gaji diberikan lebih kapada orang yang mengarah tapi bukan yang berjumpa telaga minyak atau tukang masak.
Sekin. Untuk makluman YMDS.
Post a Comment