3 December 2010
Jalan
Meninjau keadaan kerja-kerja memperbaiki kerosakan Jalan dari Ulu Mengkuang ke Kampung Teras.
Saya telah membankitkan mengenai beberapa lokasi jalan tersebut yang bahaya kepada pengguna akibat berlaku tanah runtuh dan cerun yang terhakis.
Jalan tersebut penting bagi kegunaan penduduk-penduduk tempatan terutamanya. Tetapi sejak kebelakangan ini, ramai juga orang luar yang telah menggunakan jalan tersebut sebagai laluan dekat dari Gerik ke Kulim dan seterusnya.
Sementara itu, Saya juga meninjau tapak-tapak yang sesuai untuk dijadikan tempat jualan dan persinggahan terutama yang berhampiran dengan lata Panggung yang semakin menjadi tumpuan ramai sejak akhir-akhir ini.
Gerai-gerai jualan itu setidak-tidaknya dapat membantu memasarkan produk penduduk tempatan sebagai pendapatan tambahan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Yang saya takutkan kerajaan PERAK asyik membangunkan kawasan DAP seperti Lembah Kinta dan Batu Gajah dengan projek mega seperti Amanjaya,TTTC, dan theme park dan pusat pelancongan di Batu Gajah
Manakala tempat UMNO hanya dibina dengan gerai goreng pisang, gerai laksa, gerai nasi lemak dan bangunan/kiosk2 yang seumpamanya.
Saya melihat Institut Darul Ridzuan bertujuan mengembangkan IDEAS untuk membangunkan Lembah Kinta sahaja. Direction and Developmentnya ialah untuk membangunankan greter IPOH hingga membawa ke Tronoh (twin city) dan lain2 seperti Simpang Pulai. Manakala Realisation dan Resultsnya sudah menampakan Amanjaya dan TTTC.
Tempat orang kampung (termasuk kampung baru orang Cina sepertijalan ke Selama atau Rantau Panjang dan tempat orang Melayu akan dipenuhi dengan babi hutan, kera dan ular tedung.
Jika terjadi yang demikian saya takut orang barisan (termasuklah UMNO) akan memangkah DAP di PRU13.
Sekian pendapat saya yang mungkin tak betul. Lihat sahaja Amanjaya 20 tahun yang akan datang kalau tak betul.
Ysusah MDS,
MB kita hendak merancang Kubu Gajah dan Ijok dengan teliti. Kalau terlampau teliti sampai bila pun kita tak akan mulakan pembangunan. Disamping kita meniliti buat sahaja mana yang yang boleh didahulukan. Berdasarkan pengelaman saya kalau terlampau teliti ia mengambil masa yang panjang dan harga barang pun mungkin bertambah mahal dan pilihan raya pun mankin dekat. Yang saya tahu orang yang tidak profesional (macam@ bodoh) yang mengambil masa untuk membuat ketelitian
Saya lihat bandar Taiping macam bandar Manhattan, New York, semua jalannya dalam bentuk grid Tapi nama jalan di pekan Taiping mengelirukan. Di New York ia hanya bernombor bagi jalan melintang dan berabjad bagi jalan membujur. Kalau kita buat nama Datuk/ Tan Sri ia akan mengelirukan bagi mereka yang buta huruf. Kalau ada tanah kerajaan apa nak susah membangunkannya, panggil sahaja kedai Bismillah dan Peking Restoren dan Satay Kajang untuk memulakan jualan/pembangunan.
Pekan Taiping yang dirancang dengan baik yang lain macam ular sawa kena pukul kerana pakar rundingnya tak pandai.
Yang susah ialah hendak mencari tanah kerajaan dekat Kubu Gajah. Kita mesti bina Bandar Baru Kubu Gajah (BB Kubu Gajah). BB Kubu Gajah tidak semestinya dekat simpang Kubu Gajah, macam BB Parit Buntar, Kemunting (BB Taiping) dan banyak lagi.
Kita boleh juga lelong tanah yang tak membayar cukai kepada kerajaan tapi bukan dilelong untuk individu. Misalnya tanah dekat corner 'kilang' buat gelong dekat dengan tanah Pak Haji Dollah (antara rumah Ketua Kampung Kamaruddin yang dahulu di Simpang Lembah Keluang dan tanah Megat Akhiruddin (Pak Haji Dollah)
Kalau kita lelong pun tuan tanahnya tak peduli. Kalau dengan harga yang lebih tinggi mereka lebih suka kerana ia tidak diperaidkan lebih daripada 3 jenerasi. Yang saya katakan ini hanya sebagai contoh.
Dalam semua perancangan yang susah sekali ialah mencari tapaknya.
Sekian pendapat saya yang tiada ilmu tentang pembangunan bandar.
YMDS dari sejak awal saya ikuri blog Dato ni samapai lah sekarang. Penuh dengan perancangan tapi habuk pun tadak. Dah hampir 3 tahun dato pegang ADUN kubu gajah tak nampak apa pun pembangunan yang dibuat. Jangan banyak cakap dan buat lawatan ke tapak projek saja yang tau. Lebih pada jurutera. Buktikan satu projek yang dato rancang berjaya dilaksanakan satu pun cukup la, Mana projek rumah generasi kedua FELDA. Mana projek perumahan di kubu gajah. Mana projek kilang yang diwar-warkan dulu. Mana projek kampus universiti. Mana... Saya adalah penyokong dato dan saya amat risau PRU 13 ini mungkin tidak memihak kepada dato. Saya dah tak nampak lagi penyokong kuat dato seketika dulu bersama dato. Apa sudah jadi. Saya nampak ada dua orang baru yang sering bersama dato. dalam blog dato sejak akhir-akhir ini pun muka depa saja yang dok ada.Depa ni kontraktor dato bukan politik punya orang. Ada kepentingan. Orang lama tu politik punya orang. Ada pengaruh kuat. Hak dua orang bersama dato tu kat kubu gajah pun tak berapa nak jalan. Takpa lah dato tak payah lah saya nak jaga tepi kain orang. Dato kena jaga orang politik dulu. Tapi yang paling penting buktikanlah dulu perancangan yang telah dibuat. Ni habuk pun tadak. Jangan jadi Mat Jenin dah la. Berangan2 lepas tu jatuh pokok. Maaf lah kalau dato tak setuju pandangan saya ni. Tapi fikir-fikirkanlah PRU 13. Jamuan rakyat hari tu saya dengar ada berita yang tak berapa enak didengar. Envelop kosong kepada penerima dari FELDA. Betul kot nu. Kalau tak ada angin takkan pohon bergotang.
Post a Comment