25 December 2010
Pemasaran
Jabatan Pertanian akan mempastikan kerja-kerja pembinaan Pusat Pemasaran Pertanian di Sungai Segar, siap sebelum akhir bulan ini.
Jaminan itu diberikan oleh Pegawai Pertanian sebaik Saya melakukan lawatan mengejut ke atas projek bernilai RM8,000 itu yang masih lagi belum siap.
Setakat ini, cuma bumbung sahaja yang telah siap dilaksanakan oleh Kontrektor terbabit, selepas kerja-kerja bermula hampir dua minggu yang lalu.
Saya sendiri pernah melakukan lawatan bersama Pegawai Pertanian Daerah Taiping selepas masalah pembinaan Pusat itu dibangkitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.
Pusat itu penting bagi membantu para petani di sekitar Sungai Segar, Bagan Bahru dan Sungai Limau untuk memasarkan segala hasil produk mereka.
Projek itu dibina ekoran perlaksanaan projek pertanian bebesaran di Sungai Segar yang melibatkan peruntukan Kerajaan kira-kira RM 200,000.
Selain Pusat Pemasaran Pertanian Sunga Segar, satu lagi projek yang sama di bina di mukim Ijok ialah di Kamung Mesjid yang mendapat sambutan begitu menggalakan.
Diantara tanaman yang mendapat sambutan penduduk ialah pisang.
Turut hadir dalam tinjauan Saya ke Pusat itu ialah Penolong Pegawai Pertanian Selama, Hafizul bin Hashim dan Pembantu Pertanian Ijok, ZulMajidi Rafidi bin Abdul Rahim dan Ahli JKKK, Abdul Rahim bin Amir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Kalau tak ada kera, babi hutan dan lembu yang tidak berjaga sudah tentu pusat pertanian ini akan maju setapak lagi.
Bayangkanlah kalau nenas dan pisang saya tidak dibaham haiwan2 tersebut sudah tentu saya sendiri akan memajukan pusat pemasaran pertanian, secara tak langsung.
Yang berjaya hanyalah bagi mereka uang bertani di kawasan yang amat luas kerana jika dibaham kera dan babi hutan masih banyak yang tinggal atau pun kerosakannya tidak ketara sangat. Tapi kalau hanya ada 3/4 ekar habis semuanya ranap tak tingal apa-apa pun. Kalau semua petani kecil tidak berjaya sudah tenttu pusat pertanian juga akan menjadi malap.
Pisang suka tumbug digigi air.
Cuba YMDS tanam pisang di belakang rumah ayahanda YMDS. Anak pisang pun lenyak dikoyak2 kera.
Saya fikir konsep 'turun padang' ini mestilah dieksperimen YMDS sendiri. Tak payah tunggu komplain masyarakat. Tanam 4/5 pokok pisang dan tunggu sebulan. Inilah yang saya maksudkan turun padang secara kreatif dan proaktif.
Sesuatu projek pemasaran pertanian akan berjaya jika kita nilai secara menyuluruh termasuklah haiwan perosak dan harga yang kompetitif bukan sahaja melihat kepada bangunan yang cantik dan tempat yang strategik.
Saya menjual pisang dengan harga yang amat berbeza antara Bagan Serai, Selama dan Batu Kurau.
Cuba YMDS bezakan harga getah (tiada bahan asing) di Ijok, Kubu Gajah, Sungai Lompong dll. pun sudahlah. Bila RISDA membeli getah (dahulu) harga mereka lebih murah daripada pembeli di tempat kita. FAMA pun ada gred masing2. Kita takut harga yang diberikan hanya untuk gred C seperti kelapa sawit.
Sekian untuk makluman YMDS.
Semoga pusat pemasaran ini dapat disiapkan segera agar dapat memudahkan para petani memasarkan hasil pertanian mereka.
Post a Comment