28 December 2010
Dam
Sukan harus dilihat bukan semata-mata untuk mencari Juara, tetapi juga penting dalam mencetuskan semangat kesukanan.
Bola Sepak umpamanya pernah menjadi kuasa untuk meredakan ketegangan peperangan Dunia dan pihak-pihakyang terbabit akur dan meletakan senjata bagi membolehkan para penyokong masing-masing memberikan sokongan kepada pasukan mereka.
Sukan juga mampu menggurangkan ketegangan dan perbezaan politik, sepertimana ketika Pasukan Bola Sepak Perak disambut meriah di Kediaman Menteri Besar Perak ketika memenanggi Piala FA pada tahun 1990.
Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan Dam Haji merebut piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar peringkat DUN Kubu Gajah di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok.
Orang ramai juga jangan memandang negatif terhadap sukan kerana ia juga kini mampu menjadi karier dan masa depan yang stabil jika seseorang itu bersedia memberikan tumpuan dan komitment serta meningkatkan kemahirannya.
Lihat sahaja, berapa ramai ahli sukan kini berjaya hidup mewah dengan menjadi ahli sukan sepenuh masa.
Saya juga berkata bahawa dengan adanya pertandiangan seumpama itu ramai lagi bakat baru boleh diketengahkan, bahkan ramai atlit dan ahli sukan yang mewakili Negara pada hari ini adalah terdiri dari mereka yang lahir dari pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di perjngkat Kampung, Mukim dan Daerah.
Pertandingan Dam Haji peringakt DUN Kubu Gajah itu adalah yang julung kali dianjurkan bagi menarik remaja mengadakan aktiviti yang berfaedah.
Dua beradik OKU muncul Naib Juara dan Pemenang Ketiga. Juara ialah Rosli bin Basri dari Kampung Sungai Jernih manakala Naib Juara, Moha Nayan bin Sani dan tempat Keiga Adnan binSsani, kedu-duanya dari Kampung Sangkut. Tempat Keempat ialah Nasaruddin bin Ahmad dari Kampung Bendang Luas.
Turut juga diadakan ialah pertandingan Lipatan Tuala dengan Rafiza biti Bahari muncul Johan dan tempat ketua, Noraini binti Mat Isa dan ketiga Wan Zailawati binti Wan Din.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Bila saya membaca perkataan DAM teringat saya tentang pepatah Inggeris.
Maksudnya buah dam (orang yang sama) yang sama dimasukan ke papan dam untuk dimainkan semula (mendapat untung beberapa kali) sampai buah dam tersebut tidak boleh dipakai lagi(hingga seseorang itu meninggal dunia).
Buah dam yang lain tidak dapat dimainkan.
Ini bermakna kita takutkan sat hari nanti, hanya ahli jawatan kuasa UMNO cawangan hingga ke atas sahaja mendapat manafaat hasil pembangunan kerajaan beberapa kali. Yang lain tak mendapat apa2 pun kecuali mereka melanjutkan pelajaran. Sebagai contoh apabila tamat jadi wakil rakyat ia menjadi Senator, sudah senator jadi pula duta, sudah menjadi duta jadi pula Chairman beberapa syarikat.
Diperingkat bawah pula sudah dapat tender, dapat lagi bintang PPT, sudah itu dapat lagi kedai dan macam-macam lagi, bantuan lembu kambing dll. Orang yang sama dapat semuanya manakala ahli yang lain tidak dipilih langsung bermain di papan dam yang sama.
Perkara ini bukan terjadi di UMNO sahaja tapi juga pati2 lain sudah abang adik, sudah adik anak pula jadi ketua pemuda, sudah anak emak jadi ketua wanita dan seterusnya buah catur yang sama dapat bermain hingga mereka meninggal dunia.
Ini hanya pepatah Inggeris. Saya berdoa kawasan kita tidak jadi demikaian.
Terima kasih
Post a Comment