Template by:
Free Blog Templates

28 December 2010

Alfatihah





Menziarah jenazah cucu Ketua Kampung Kampung Teras, Ijok, Abdul Wahab Yatam yang meninggal Dunia di Hospital Taiping, pagi tadi.

Allahyarham Mohd Amirul Al Hafiz bin Kamarulzaman, 17 tahun di masukan ke Hospital Taping beberapa hari yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan Jalanraya.

Wahab turut berada di Rumah Mayat Hospital Taiping, mengurus jenazah cucunya untuk dibawa pulang ke Kampung Teras bagi dikebumikan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Daud Yusop dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd Fauzi Kassim.

Jenazah Allahyarham Mohd Amirul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras, semoga rohnya diletakan di sisi Orang-orang yang Solleh. Alfatihah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Apabila saya melawat negara barat saya lihat tanah perkuburan mereka bersih dan tidak menakutkan.

Boleh tidak JKKK atau Biro UMNO bahagian hal ehwal agama yang berkaitan melihat gambar tanah perkuburan di barat dan dijadikan iktibar untuk membersihkan tanah perkuburan kita supaya tidak menakutkan dan sentiasa bersih dan seterusnya menarik minat pengunjung.

Kalau YMDS lihat di Kranji Singapra pun tak menakutkan dan sentiasa bersih. Kalau bersih macam di Kranji saya pun suka bersiar2 di sana.

Sekian pendapat saya.