5 December 2010
Konvensyen
Sekitar Konvensyen Barisan Nasional (BN) di bangunan Wisma MCA di jalan Ampang, Kuala Lumpur yang diresmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pagi tadi.
Kira-kira 2,800 perwakilan komponen Parti BN termasuk dari Sabah dan Sarawak hadir dan merupakan satu Sejarah.
Selepasmajlis peresmian, kesemua Presiden Parti Komponen bergilir-gilir berucap, selain Ketua Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil.
Tepukan gemuruh bergema setiap kali Datuk Seri Najib berucap dalam penuh semangat perjuangan.
Wisma MCA padat dengan perwakilan bersesak-sesak ketika berhenti rihat minum pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
YMDS,
YAB PM menyataka ada 4 kelemahan kita. Tapi saya ingin tambah satu lagi.
Perkara ini pernah saya alami iaitu takutkan bini hingga saya tak dapat berpindah ke kampung tempat lahir saya.
Tapai akhirnya isteri saya mengalah kerana saya katakan semuanya pendapatan kita datang dari kampung. Bukan dari KL, Bukan juga dari kampung isteri saya.
Yang sebenarnaya saya sanggup membina rumah di kampung isteri saya jika gaji saya diperolehi hasil daripada pekerjaan saya dikampungnya.
Sebagai contoh jika hampir 1500 orang FELDA dapat PHD tapi jika semuanya tak mahu balik kampung apa akan jadi ke FELDA disatu hari nanti. Saya ingat susah nak maju. Mereka akan majukan bandar seperti KL dan Ipoh sahaja kerana mereka mahu menetap di sana
setelah pencen.
Pernah saya terdengar ada hamba ALLAH mengatakan Batu Gajah adalah bandar yang sesuai untuk kita beristirihat semasa berpencen.
Kalau begini pendapat pakar tersebut sudah tentu pembangunan seperti taman herba diperluaskan di jalan Batu Gajah.
Jika kita tanya pekar harba tempat tersebut bukanlah habitat herba yang asli. Yang asli adalah di hutan simpan. Banyak kami dapat herba dari hutan Pondok Tanjung. Di tanah saya sahaja ada 16 jenis harba termasulah kuda terbang, kacip Fatimah dan terdapat juga Tongkat Ali.
Nampaknya kita membuat pojek tanpa melihat habitat aslinya seperti ikan arowana, ikan tengas dll. Projek kita dilaksanakan macam ada tujuan kepentingan individu. Ia tidak mengambil kira natural habitatnya. Kerana kita nak pencen di Ipoh kita bina taman harba jalan Batu Gajah.
Ini hanya pendapat saya yang bukan pakar natural habitat.
Lagi satu kita mengaggungkan tempat penjajah seperti Kelly Castle. Kenapa Istana raja Bilah tidak dibangunkan pekannya. Sebelum orang Cina kaya Raja Bilah sudah pun kaya raya (standard dulu). Begitu juga Long Jaafar. Kampugnya eloklah diperbandarkan daripada Batu Gajah.
Seimbangkanlah juga pembangunan di tempat UMNO (bukan hanya di tempat DAP).
Terima kasih YMDS kerana sudi mendengar celoteh saya.
Nasib Baik dato'jadi ketua bahagian secara kompromi kalau tak belum tentu jadi perwakilan.Kesimpulannya berbaik-baiklah secara bersungguh-sungguh. Jangan didepan ahli nampak okay tapi sebenarnya tidak. Tak payahlah ikut cakap dan pendapat orang2 dato. Parti bukan hak satu puak saja. Satu lagi saya dengar cerita sinizam tu dah naik junjung. Betoi ka? Ingat parti dato'.Takut menang sorak saja.
YMDS,
Saya ingin juga melihat YMDS bergambar dengan mereka yang dapat merancangkan atau meluluskan projek di Kawasan ADUN Kubu Gajah apabila YMDS ke KL atau ke IPOH.
Kalau kita selalu turun padang tapi tak rapat dengan mereka yang merancang pembangunan dan menjaga kewangan susahlah kita hendak membangunkan kawasan ADUN KUBU GAJAH.
Saya lihat dalam berita TV yang mengatakan bantuan kena gigit binatang buas datangannya dari JKM.
Saya mohon kepada YMDS supaya bantuan ini datangnaya dari perhilitan atau badan NGO pencinta alam. Tak usahlah kacau JKM kerana orang miskin masih ramai. Lagi pun mereka (perhilitan) ini marah jika saya jual tedung selar dan ular sawa ke Bagan Serai atau ke Bukit Merah.
Badan NGO pencita alam ni selalu cakap banyak. Galakkan mereka menderma ke tabung bencana binatang buas. Tempat kita tak ada harimau tapi banyak ular tedung dan ular sawa.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Dalam perhimpunan tersebut tidak ada wakil Melayu mempertikaikan pendapat penjajah yang ingin mengekalkan SONS OF FISGERMEN AKAN MENJADI BETTER FISHERMEN IN FUTURE.
Sebagai contoh lihat perancangan Perak Amanjaya dan Koridor Utara. Tempat orang Melayu dimajukan dengan pertanian dan ternakan. Tempat yang bukan Melayu dibangunkan dengan pembangunan perindustrian/ICT. Saya bukan cemburu kepada yang bukan Melayu kerana ini adalah anugrah TUHAN.
Kalau begini kuota orang Melayu dalam perjawatan CEO, GM dan Presiden sampai bila pun tak mencapai 61%
Dalam parlimen baru2 ini nama2 anak penorka FELDA yang berjaya dibentangkan.
Kalau ada antara mereka pernah menjadi seperti President Petronas atau seperti CEO Airasia barulah saya anggap anak penorka berjaya. Kalau ramai yang jadi cikgu, di kampung kita pun ada ramai cikgu, jadi telah pun juga mencapai kemajuan yang demikian.
Kalau YMDS ke Jakarta, Jakarta Central pun membela kambing. Tapi kalau orang bandar bela kambing di KL central tentu orang ketawa.
Sebaliknya, kalau JEPUN 'attack' Malaysia sekali lagi, siapa yang untung atau tak makan daging kambing?
Mereka di Jakarta saya rasa tidak mengekalkan pendapat anak gembala akan dijadikan gembala yang lebih baik daripada bapa mereka.
Cadangan saya industrikan kawasan interchange lebuhraya.
Saya lihat KULIM akan menjadi kawasan industri yang terbesar sekali di Utara Malaysia jika lebuhraya Jelapang-Sungai Petani siap di bina. Masih ramai lagi orang luar negeri yang hendak menanam modal di sana.
Interchange Alor Pongsu yang dirancang semasa pilihanraya Hulu Selangor pun belum dibina.
Lapangan terbang Briah/Lumut pun tak nampak bayang.
Lagi satu YMDS, MB kita tak kesiankah melihat kawasan kita. Lagi2, Lumut yang hendak dibangunkan.
Lagi2, beliau hendak bina lapangan terbang di Lumut, walaupun beliau sudah mula membina SATU BILION projek MERINER ISLAND PANGKOR di Telok Murok.
MB kita oarng yang bijak. Beliau mula memajukan tempat lahirnya (ibunya dipindahkan untuk laluan pembangunan).
Wakil rakyat kita sejak dalu lagi tidak mahu memajukan tempat lahir mereka. Salah satu sebab tempat kita tidak membangun ialah disebabkan kita tidak ada semangat nasionalis untuk membangunkan tempat lahir kita.
Ini hanya pendapat saya YMDS. Munkin semuanya tak boleh pakai. Terima kasih.
YMDS,
Kalau kita lihat latar belakang pengarah2 MajuPerak Corp., saya nampak tak seorang pun macam mahu membangunkan Kawasan seperti ADUN KUBU GAJAH.
Macam seperti mereka mahu bangunkan lagi kawasan2 seperti Ipoh, Kuala Kangsar, Chemor, Tambun, Pasir Salak dan malu2 alah mereka ke Manjung.
Saya ingin mensyorkan kepada YMDS dapat membezakan kawasan luar bandar dan kawasan ulu luar bandar.
Sepertimana kita membezakan miskin tegar dan miskin sahaja.
Obkejktif pembangunan Amanjaya yang pertama ialah untuk mengimbangkan pembangunan. Saya pun tak faham tujuan ini.
Mula2 saya ingat pengarah Majuperak hendak mengimbangkan pembangunan di kawasan HULU luar bandar dengan yang di bandar.
Sebaliknya kawasan seperti Delima Bayu Paradise yang hendak diperbesarkan. Nampaknya bertuahlah DAP. Begitu juga Bemban , Taman Chemor Idaman, Taman Tambun Permai dan Bandar Tasik Idaman kerana di tempat macam kita ni siapa yang nak beli rumah mahal. Tapi jangan jual ke orang luar negeri cukuplah.
Lagi satu YMDS hyper market ni jangan bina dibandar, kerana banyak kedai Cina mulai bankerap. Supermaket orang Malaysia pun mulai gulung tikar.
Hyper market mesti di bina di tempat yang tidak membankerapkan orang Malaysia. Saya selalu ke Manjung dan takut sangat Manjung di kuasai oleh hypermarket hinggakan supermarket seperti Perak Store akan menjadi bankerap di satu hari nanti kerana kita tak dapat bersaing. Saya nampak MB kita hendak mengiatkan pembangunan di sana. Kalau semuanya di penuhi KFC dan Macdonald di Malaysia apa nak jadi A&W food chain kepunyaan UMNO. Gulung tikarlah satu hari nanti.
Sekian pendapat saya yang tidak sepertinya. Terima kasih.
YMDS,
Bajet 2011, kita mengutamakan pembangunan sosial.
Kalau Majuperak asyik bina rumah kediaman yang mahal akhirnya kita jadi macam Johor Baharu seketika dulu. Jual ke Singapore la rumah2 tersebut, macam pulau Indon yang terletak di selatan Singapore.
Bila rumah tak laku kita jual ke pembeli luar negara.
PULAU Pinang pun sudah mulai buat rumah mahal bertujuan politik supaya orang Melayu tak dapat beli rumah dan mereka disingkirkan ke SP dan Kulim. Akhir2nya ia makan diri sendiri. Orang Cina pun tak mampu beli rumah yang sama. Come to the last, apa lagi nak buat. Jual sahaja ke proxy luar negara. Zaman saya dulu ramai proxy kaki kuda dan judi bolehlah laku serta merta. Tapi sekarang tak tahulah apa nak buat.
Saya lihat pengarah Majuperak ni macam nak buat business kerana membina rumah yang banyak di lembah Kinta. Mereka tak pentingkan sangat sosial seperti di Singapore.... keseluruhan PULAU SPORE sudah menjadi CITY. Di Brunei pun begitu juga. Kerana tempat seperti Ulu Pandan (Spore) yang dulunya paling Ulu pun dibangunkan serentak dengan kawasan berhampiran dengan keppel harbour di kawasan Bandar. Di Jueong dulu tempat ular sawa berendam sama macam dekat rumah ayah YMDS tapi sekarang ni seekor ular sawa pun tak jumpa lagi di situ.
Begitu juga tempat tanaman getah di Lapangan Terbang Brunei (Abang Yaakub kedai mi KG yang menoreh di situ) dan Gadong di Brunei telah menjadi bandar dalam masa tak sampai 20 tahun. Mereka utamakan tempat ULU sama dengan pembangunan di Bandar.
Seelok2nya Majuperak hendaklah bersekutu dengan UDA dan membangunkan tanah orang Melayu di kawasan bandar kecil yang hendak dibangunkan.
Orang Melayu yang ada tanah di kawasan bandar bukan nak banyak untung. Memadailah diberikan kepada mereka atas nisbah 10:3 dan 10:4 bangunan yang sudah siap di pekan2 besar. Kalau Majuperak dapat membangunkan tanah orang Melayu dalam bandar mungkin ramai yang akan jadi TS Daim Zainuddin yang pernah memajukan tanahnya diPJ. Tak payahlah lagi kita suruh tanam cili bela kambing.
KALAU nak bela haiwan pun jangan galakkan mereka bela haiwan tak UNTUNG. Galakkan mereka bela KUDA apa salahnya. Buatlah estet kuda di kaki gunung Bintang sebelah kawasan ADUN Kubu Gajah. Kalau tak boleh secara koperasi atau secara ESTET KUDA pun boleh. Kalau nak kekalkan orang Melayu bertani dan jadi gembala bantulah mereka membela haiwan yang dapat meningkatkan pndapatan yang lumayan.
Kalau kita ternak kuda sudah tentu Yang DiPeruan Agong seronok dan mahu menjadi Penaungnya jika dipilih. Kalau bela kambing Mat Skrew pun tak mahu kerana musim hujan di Pondok Tanjong susahlah sedikit kerana kambing mahukan haba. Saya pun hairan kenapa mereka pilih PT tempat sejuk bela kambing. Antara Estet Selama dan FELDA Bagan Baru ada tanah kerajaan yang lebih panas dari Pondok Tanjung lebih elok untuk dimajukan.
Sekian, Terima kasih.
Post a Comment