Template by:
Free Blog Templates

24 December 2010

UMNO




Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap penangguhan 18 bulan pemilihan akan membuka ruang yang lebih luas bagi memperkuatkan parti menjelang pilihanraya umum (PKU) ke 13.

Mempengerusikan mesyuarat perhubungan UMNO di bangunan UMNO Perak malam ini, beliau menekankan pentingnya aktiviti kearah perpaduan kaum.

Mengenai pilihanraya kecil tenang di Johor, Dr Zambry berkata UMNO Perak akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusinya.

Selaku pengerusi badan perhubungan UMNO negeri beliau juga berharap aktiviti mendamping rakyat akan diperluaskan.

Dr Zambery juga menekankan pentingnya mendamping para remaja melalui aktiviti yang dirancangkan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan dikalangan UMNO hanya dapat dilakukan dengan mengitiraf prinsip win-win dan yang cemerlang gemilang, terbilang diutamakan.

Kita mesti lihat ada tahap tahap demokrasi yang kita mesti akur dan terima.

Jika kita pilih ketua bahagian sebagai calon dan seterusnya berjaya dalam pilihanraya. Ini yang dikatakan demokrasi total.

Dari sudut yang lain kita memilih ketua bahagian sebagai calon (ada demokrasi peringkat pertama) tapi kalah dalam pilihanraya. Bermakna kita salah pilih kerana kita tidak melihat kecemerlangan calon tersebut.

Dari sudut yang ketiga kita tak memilih ketua bahagian sebagai calon (tiada demokrasi di peringkat perwakilan)tapi kita pilih mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan berjaya dalam pilihan raya (masih juga dianggap demokrasi kerana rakyat yang memilih bukan wakil ke persidangan tapi rakyat yang memilih)

Yang pentingnya UMNO sepatutnya tidak sentiasa memilih ketua bahagian sebagai calon tapi UMNO hendaklah melihat lawan calon UMNO. Jika lawannya tok guru kita mesti hantar al-hafiz dan tok guru. Lupakan ketua bahagian. Jika kita ikut cara lama kita tidak akan berjaya dalam PRU13 akan datang. Ambil saja mana2 ahli UMNO tempatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Begitu juga jika parti lawan calonkan calon sarjana, kita hantarkan calon PHD. Kalau Datuk kita hantarkan Tan Sri. Kalau Captain kita hantar Brig Gen. (B).Dalam UMNO ramai yang cemerlang, gemilang dan terbilang tapi tidak diketengahkan sebab kita asyik bermain dam. Buah yang sama asyik dimainkan beberapa kali hingga buah tersebut pecah dua.

Memang Ketua Bahagian rasa keciwa tapi kita masih memegang prinsip demokrasi kerana calon yang kita pilih akan menang, iaitu pilihan rakya bukan wakil yang datang ke persidangan. Kalau kalah berdasarkan demokrasi pilihan ketua bahagian pun tak guna. Dulu saya masih ingat konsep (cemerlang, gemilang terbilang) ini dipraktikkan oleh PAP Singapore apabila memilih yang di Pertuan Negara supaya Melayu tidak terpilih jadi yang di Pertuan Negara.

Saya harap calon kita di Johor ni dipilih daripada yang dapat mengatasi calon lawas dari segi keterbilangan, kecemerlangannya dll. Kesimpulan jangan pilih calon UMNO terlebih dahulu. UMNO hendaklah melihat calon lawan terlebih dahulu. Jika anak tempatan duduk di KL dipilih kita pilih anak tempatan yang sentiasa berada ditempat pencalonan sejak lahir.

Sekian untuk makluman UMNO Perak