Template by:
Free Blog Templates

9 December 2010

Lawatan PM







Perdana Menteri dan isteri tiba di Ipoh, pagi ini untuk Pelancaran Klinik Bergerak 1Malaysia di Padang Sekolah Kebangsaan Pos Raya, Simpang Pulai - Cameron Highlands, Gopeng.

Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan isteri.

Pembesar yang lain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liew Teong Lai dan timbalannya, Datuk Rosnah Rashid.

Para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) juga hadir, selain ketua-ketua bahagian.

Perdana Menteri sebelum ke Perak turut berada di Kedah.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nasib baik orang macam saya tak jadi Menteri Kesihatan. Kalau jadi Menteri Kesihatan sudah tentu saya adakan klinik bergerak di ULU2 terlebih dahulu, yakni jauh dari klinik2 YANG TIDAK BERGERAK.

Saya masih mengharap projek Amanjaya mengutamakan klinik bergerak di tempat2 yang jauh dari klinik yang tidak bergerak terlebih dahulu (seperti di ulu2) kerana objektif utamanya ialah untuk mengimbangkan pembangunan antara desa dan bandar.

Yang penting sekarang, perlu juga balai polis bergerak di tempat kita kerana banyak pencuri cable, kelapa sawit dan skrap.

Orang kampung tak mahu laporkan kerana polis asyik berjalan di tempat jalan yang berturap dengan menyalakan lampu birunya. Sudah tentu mereka katakan tak nampak pencuri. Polis mahukan maklumat lengkap supaya pencuri dijamin tertangkap. Macam mana nak tangkap kalau tak ada kamera semasa pencuri mengambil buah kelapa sawit.

Lagi pun modus operandinya tak sama seperti modus operandi pegawai polis. Mereka curi semasa sembahyang Jumaat polis pun sembahyang Jumaat pada masa itu.

Cuba YMDS lihat jika harga kelapa sawit naik melebihi $700 setan nanti dan getah basah pula lebih $7.00 se kilo nanti, pencuri pun semankin ramai. Polis suruh kita tangkap. Cuba YMDS turun padang tangkap dengan ketua kampung. Sudahlah tak sembhyang Jumaat tak silap kita pun gol. Kalau kita tangkap tentulah mereka tombak kita dengan cop buah kelapa. Apa yang saya maksudkan turun padang bukan dengar cerita orang kampung tapi sama2 buat kerja dengan orang kampung jika ada peluang.

Jadi kami nampak pencuri pun tak boleh buat apa2. Pernah saya lihat kelendan lori membuang mayang buah kelapa sawit di semak2 dan pada waktu petang mereka ambil dengan motor. Apa yang saya boleh buat?

Cadangan saya buat satu undang2 supaya mereka tidak boleh menjual kelapa sawit atau ketol skrap kalau mereka tak tunjuk IC dengan geran tanah kepada pembeli tanah. Susahlah sedikit tapi selamat.

Saya pun tak tahu nak buat apa2. YMDS fikirlah sendiri.

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya PM sudah mula round Malaysia. Bila MB kita nak round Perak? Kalau beliau ronda PERAK cuba YMDS tanya beliau apa Amanjaya boleh bangunkan di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Mantan PM dulu utarakan Koridor Utara dan berusaha menjadikan Pondok Tanjung jadi ladang Boer yang termoden.

Saya ke MAHA baru2 ini tak nampak pun kambing Boer Pondok Tanjung. Rumput macam rumput Napier Pondok Tanjung pun tak nampak.

Koridor utara hendak memajukan ternakan kambing, saya takut ternakan kambing Seberang Perak lebih mendapat perhatian daripada Pondok Tanjung. Begitu juga ladang lembunya lebih maju dari boer Pondok Tanjung. Ladang rusa di Lenggong pun lebih hebat. Kita macam ketinggalan zaman nampaknya.

Kerajaan mengutamakan kreatif dan inovasi. Saya nampak bela ular sawa (lebih kreatif) lebih baik di kawasan Sungai Merah/Pondok Tanjung (hutan payanya) hingga ke kawasan Briah. Harganya juga agak lumayan. Dagingnya buat tongyam di Bangkok. Kulitnya sangat mahal.

Orang Siam kata kalau masuk daging ular sawa dalam paste tongyam rasanya lebih enak macam masuk belud ke laksalah.

Kalau YMDS tanyalah saudara kita di Bangkok atau HatYai.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat Menteri Pertahanan kita pegang tangan YMDS.

Bolehkah beliu buat tempat training askar di kawasan lembah Pondok Tanjung.

Kita lihat banyak tempat training askar diadakan dipergunungan, di padang pasir, di hutan, dalam laut, tempat salji tebal tapi amat sedikit training diadakan di tempat hutan berpaya. Kalau kita ada latihan askar di tempat berpaya mungkin ia menjadi terkenal di dunia kerana ia jarang2 diadakan.

Kesimpulanya, jika ada menteri yang duduk dekat dengan YMDS cuba bayangkan apa yang mereka boleh buat untuk kawasan ADUN Kubu Gajah. Kalau turun padang saja tanpa melobi pihak atasan kawasan ADUN Kubu Gajah susahlah sedikit hendak membangun.
Sekian. Terima kasih YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

PM kita dari Kedah untuk menderma bantuan bencana alam.

Tepat kita tiada banjir seperti di Kedah tapi babi hutan dan kera meosakkan semua tanaman.

Bolehkah YMDS majukan kepada pihak yang berwajib tentang tanaman yang dirosakkan oleh babi hutan dan kera yang sepatutnya mendapat bantuan yang setimbal dengan tanaman yang dirosakkan banjir.

Elok juga kalau Menteri2 yang berkenaan datang ke Perak, YMDS ingatakan mereka tentang lapangan terbang BRIAH tak dengar cerita lagi. Barang kali sudah kena UNDER-CUTTING oleh pihak tertentu.

Kalau ada orang under-cutting bolehkah ia dianggap RASUAH. Saya rasa secara tak langsung ia juga macam RASUAH. Ia sudah lama dicadangkan tapi ada pihak nak bina dekat rumahnya. Bagaimana? Saya rasa ia juga macam RASUAH. Perlu juga YMDS siasat siapa mereka yang buat kerja UNDER-Cutting ni untuk kepentingannya sendiri.

Dulu lapangan terbang P. Pinang hendak dibina di Selatan Seberang Perai untuk kepentingan 3 negeri konon, tapi ada pihak yang buat UNDER-CUTTING dengan memberi alasan pakar yang mempunyai pentingkan diri sendiri. Sekarang Briah pula akan menerima alasan yang sama.

Sekian. Untuk makluman YMDS, cuba minta ADUN Alor Pongsu mengeluarkan sengatnya. Barangkali mungkin pada beliau apa yang beliau dapat sekarang ini sudah mencukupi. Tapi bagaimana untuk kami. Peluang pekerjaaan untuk Krian, Selama dan Kamunting tentu terjejas.

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Kerajaan Barisan Negeri Perak asyik majukan Simpang Pulai.

Kalaulah YMDS rancang sesuatu dekat susur keluar Kubu Gajah-Selama sebelum siap lebuhraya Jelapang-Selama mungkin tempat ini akan juga menjadi Simpang Pulau-Cameron Highland satu hari nanti.

Saya nampak pengarah2 Majuperak yang lain lebih berkuasa daripada YMDS. Walaupun mereka berkelulusan tinggi tapi mereka tak pandai pun cari untung.

Saya pemegang saham Tradeswinds dan AsiaPAc di mana TSD Megat juga pernah jadi Chairman dan pengarahnya tapi tak pernah untung banyak pun. Sedikit sahaja yang untung. Beliau sedekah beras dan Gula di Tradeswinds. Asian Pac lagi kedekut. Kami diberi makan bihun dan kueh sahaja baru2 ini. Nasib baik beliau menarik diri.

MAS pun tak dapat untung semasa pengarah Majuperak yang seorang lagi tu menjadi CEOnya.

Kesimpulanya, saya mensyorkan YMDS cadangkanlah mereka yang berjaya dalam syarikat untuk menerajui Majuperak. Maksud saya yang banyak menaikkan untung se saham. Itulah yang saya maksudkan PENCAPAIAN diutamakan bukan Chartered Accontancy/Sarjana Business dan Undang2 (lebih kepada akademik dan semi-professional). Yang penting dapat membezakan banyak untung atau tiada untung. Semua maju atau Lembah Kinta sahaja yang maju. Itulah yang saya fahami dengan PENCAPIAN diutamakan. Pemilihan bukan berdasarkan pencapaian akademik atau profesional. Kita mahu orang yang rajin dan orang yang pandai trouble shooting (yang memulihkan syarikat yang tenat). Bukan pass perakaunan tapi hanya dapat memajukan lembah Kinta sahaja dan tak untung pula. Kemajuan AsiaPAC tak untung tapi maju hingga ke luar negeri.

Kalau Majuperak tak untung tapi dapat majukan hingga ke kawasan ADUN Kubu Gajah saya memang tabik Majuperak. Ia tidak lagi untuk majuKINTA. Ia menjadi MAJUPERAK yang sebenarnya

Saya lihat kerajaan Federal sekarang hendak memajukan Greater KL dan kerajaan Perak hendak memajukan Greater Ipoh. Untunglah DAP. Tempat UMNO akan terus menjadi tempat JIN BERTENDANG.

Lagi pun saya takut Majuperak jadi PKNP yang dulu. Saham PKNP saya pun tak nampak hujung pangkal lagi.

Kalau Pengarah PKNP yang dulu ramai orang UMNO tapi pengarah Majuperk ramai orang cprporate tapi untungnya sama dan juga mereka masih memajukan LEMBAH KINTA. Pi mai pi mai tang tu kata orang Pulau Pinang. Carilah orang Perak yang pandai trouble shooting dan yang rajin. Kita tak mahu orang yang berlagak dengan kelulusan tinggi tapi syarikatnya tak untung dan tak berkembang hingga ke kawasan ADUN Kubu Gajah.

Nampaknya kita tak berjayalah YMDS. Tempat DAP (Greater KL dan Greater Ipoh) maju pun tak apalah kerana ia sudah menjadi takdir. Mudah2an DAP pangkah Barisan semasa PRU 13 tapi YMDS mesti faham TEORI GAUSSIAN yang diaplikasikan calon barisan di Hulu Selangor. Walau apa pun YMDS beri (satu kapal duit pun) kepada the top 14% + 1% of the DAP, Barisan tak akan dapat undian mereka dalam PRU 13 akan datang. Ini hanya berdasarkan teori Gaussian bukan berdasarkan kehendak Allah Ta'ala

Terima kasih. Haraf maaf.