5 December 2010
Reput
Melawat Rumah Ibu Tunggal, Jemilah binti Othman, 50 tahun yang teruzur di Kampung Batu 20, Batu Kurau yang terletak dalam DUN Kubu Gajah.
Saya anat simpati dengan keadaan beliau yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tinggal bersama dua orang anaknya.
Beberapa hari yang lalu, dinding rumah beliau yang telah lama reput makan anai-anai tiba-tiba lekang dan runtuh.
Rumah itu, katanya dibeli sejak lapan tahun yang lalu. Boleh dikatakan kebanyakan bahagian rumah itu sudah rosak dengan bumbungnya bocor di sana-sini.
Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dapat membantu Jemilah bagi menggurangkan bebanan beliau.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan, Haji Rosli Mat Zain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kalau YMDS bina rumah papan yang hampir sama sekali lagi, anai2 akan berterusan merosakkan rumah tersebut.
Apa yang saya buat saya korek lubang 3 kaki dalam di empat penjuru (atau dekat tiang) dan masukkan garam dan minyak hitam yang sudah digunakan kedalam lubang tersebut.
Kadang2 walaupun kita miskin, di kampung saya ada juga anak cucu yang bermotor sikal. Mintalah kepada mereka minyak hitam terpakai.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment