Template by:
Free Blog Templates

12 December 2010

Puteri











Semua Ketua-Ketua Kampung di Parlimen Larut telah diminta memantau segala projek pembangunan yang dilaksanakan di tempat mereka bagi mempastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual dan spekfikasi.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya berharap dengan kenaikan elaun Ketua Kampung di seluruh Perak seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ia akan menyuntik semangat agar semua Ketua Kampung akan menjalankan tugas mereka dengan penuh didikasi.

Program pembanguna di kampung harus dipantau oleh Ketua-Ketua Kampung bagi menggelakan berlaku sebarang kelewatan dan akhirnya merugikan penduduk Kampung.

Ketua-Ketua Kampung juga diingatkan agar meneliti segala kerja perlaksanaan projek sebelum membuat pengesahan bagi menggelakan timbul sebarang kesulitan di kemudian hari.

Jika mereka tidak berpuas hati dengan projek yang dilaksanakan, Ketua-Ketua Kampung jangan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Pegawai atau Penolong Pegawai Daerah ytang berkenaan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis peresmian program Bakti Puteri 2010 anjuran Puteri UMNO Bahagian Larut di Kampung Tua, Ulu Selama, tenghari tadi.

Pada majlis tersebut, seramai 80 orang anak-anak orang miskin daalam Parlimen Larut yang bersekoilah rendah, menerima sumbangan berupa kasut, baju dan beg sekolah.

Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Bahaggian, Azariah Bidin dan Ketua UMNO Casangan Kampung Tua, Mohamed Saimi serta Ketua Kampung, Mat Zain.

Para tetamu turut diraikan dalam majlis makan tengahari.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak Ketua Kampung memantau kenapa lot tanah kampung tersusun (seperti di Kubu Gajah dan Redang Panjang) masih banyak yang tidak membangunkan rumah-rumah mereka.

Nama2 mereka hantarkan ke Pegawai Daerah supaya ADO bolehlah mengirimkan surat kepada mereka supaya mereka diarah membina rumah di situ dengan segera.

Ramai juga saudara kita yang amat miskin yang dapat lot tanah tersebut tapi apabila anak mereka mendapat pekerjaan, anak mereka cepat2 membina rumah untuk ibubapa mereka. Salangkan askar tak berpangkat pun boleh buat rumah untuk bapa mereka.

YMDS, kalaulah semua orang membina rumah mereka di lot tanah kurnia ini saya rasa Kubu Gajah akan membangun dengan cepatnya. Tak payah MB kita tolong. Beliau buat bajet sosial untuk membina rumah di kawasan setinggan di Pulau Pangkor nampak gaya2nya.

Takkanlah Majuperak mahu buat taman di Kubu Gajah. Alasannya tentu tak ada tanah dan tak ekonomikal (tapi kerajaan perak mengutamakan pembangunan sosial). Saya rasa lelong sahaja tanah yang tidak membayar cukai kerajaan sekian lama. Saya suruh mereka dak banyak kali mereka pun tak peduli untuk ambil kuasa. Memang timbul masalah tanah hak Melayu. Perkara ini bisa diurus kata orang Indon asalkan tuan tanah jadi jutawan.

Kalau ketua kampung baik dengan RISDA dan meluluskan tanaman getah, kelapa sawit atau limau di kawasan yang tidak bergetah mungkin kawasan kita maju setapak lagi. Tapi kriteria untuk tanam semula tidak dibahaskan di parlimen. Kalau tentang politik mereka bising macam keling karam kalau tentang ekonomi mereka kata masih dalam kajian (atau kajian mendalam harus dilaksanakan terlebih dahulu baru pekan Kubu Gajah dimajukan) Saya nampak ahli ADUN kita ramai yang pakar dan tahu selok belok pembangunan. Kadang2 kalau kita pakai pakar runding jika tersilap pilih mereka juga merancang ikut periok nasi mereka. Saya dulu selalu lihat pakar runding syarikat meluluskan pembangunan ikut kehendak pengarah syarikat juga. Perunding tersebut memanglah perunding bebas tapi kita mesti tahu latar belakang mereka.

Sebagai contoh jika perunding bebas datangnya dari IPOH sudah tentu ia mensyorkan pembangunan dilaksanakan di Lembah Kinta.

Yang penting sekali lihat alamat juru/pakar runding. Rumah mereka memang banyak. Tapi lihat rumah yang paling besar. Sudah tentu pakar runding akan mensyorkan pembangunan di kawasan yang beliau mempunyai rumah yang paling besar sekali.

Perkara begini banyak yang berlaku dalam syarikat hartatanah seperti ASIAPAC dll. Kalau tak percaya YMDS tanya DS Yang Mulai Dato Megat kita orang Perak yang paling terkenal dalam dunia korporat.

Sekian untuk pengetahuan YMDS.