Template by:
Free Blog Templates

25 December 2010

Dewan





JKKK disarankan agar menggunakan sepenuhnya Dewan Orangramai yang telah dibina di tempat mereka dengan program dan aktiviti untuk kepentingan penduduk dan tidak membiarkan mana-mana bangunan tinggal tanpa digunakan, akibatnya ia menjadi rosak dan membazir.

Banyak Dewan yang rosak adalah disebabkan ia jarang-jarang digunakan, kecuali mesyuarat-mesyuarat tertentu setahun sekali.

Saya mengadakan tinjauan ke Dewan Orang ramai Simpang Tiga Gudang yang sedang dibaiki pulih dengan belanja sebanyak RM 20,000 dan kerja-kerjanya hampir siap, tengahari tadi. Usia Dewan lebih 30 tahun.

Tinjauan itu adalah bagi mempastikan kerja perlaksanaan mengikut spekfikasi. Sehuungan dengan itu, JKKK juga disarankan agar sentiasa memantau setiap projek yang dilaksanakan di tempat mereka dan mempastikan ia dibuat mengikut jadual dan arahan Kerajaan.

Janganlah setelah kerja selesai dan diserahkan oleh Kontrektor, mereka baru hendak membuat bantahan dan komplain.

Sebelum pengesahan dibuat, pastikan kerja perlaksanaan projek berkenaan dibuat mengikut spekfikasi dan berkualiti.

Mengenai ada setengah-tengah Kampung yang memerlukan Dewan Serbagunan, Saya sendiri berharap peruntukan yang cukup daripada Kerajaan dapat menambah bilangannya di beberapa tempat lagi yang telah dikenalpasti bagi tujuan tersebut.

Dewan serbaguna itu bukan sahaja untuk aktiviti sukan dalaman, tetapi juga bagi tujuan perjumpaan ramai serta kenduri kahwin, selain sebagai tempat atau pusat pemindahan sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir.

0 comments: