Template by:
Free Blog Templates

26 December 2010

Kenduri kahwin










Ramai yang mengambil peluang di musim percuitan Sekolah untuk mengadakan majlis-majlis kenduri kahwin.

Hari ini sahaja Saya menghadapi beberapa lagi majlis kenduri kahwin di DUN Kubu Gajah dan juga DUN Batu Kurau.

Sebaik selesai majlis taklimat UMNO Negeri, Saya menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Johari bin Ariffin di Kamung Perak, Mohd Raziahar dengan pasangannya Nur Azura.

Di Kampung Perak juga, berlangsungnya majlis persandingan anak perempuan Harun bin Mat Amin, Hasnida dengan pasangannya Efendy. Kemudian Saya ke rumah Haji Ramli bin Ismail di Kampung Repoh yang melangsungkan perkahwinan anaknya, Mohd Hafis dengan Nur Hanisah binti Mohd Zaki.

Kemudian Saya ke FELDA, Ijok kerana berlangsung dua majlis kenduri. Anak Abas bin Darus, Mohd Samel dengan Nurulhuda binti Mohd Yusof dan anak Zanariah binti Shafie, Mohd khairul Zani bin Zayadi dengan Nur Shahibah binti Shamsuddin.

Kemudian Saya menghadiri majlis perkahwinan anak perempaun Aziz bin Asmuni, Ssaidatul Syahrima dengan pasangannya Zairi di Kampung Sungai Malau.

0 comments: