23 December 2010
Titi baru
Saya berharap JKKK Sungai Segar dan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera kerana bimbing Titi Gantung yang baru sahaja siap pembinaanya di Sungai Limau dekat Bagan Bahru, mendatangkan bahaya kepada pengguna.
Walaupun, titi yang bernilai RM 15,000 itu telah siap dan Saya sendiri telah melakukan tinjauan, tetapi bimbang tebing di tempat penahan titi itu terhakis dan boleh menyebabkan ia jatuh dan lebih bahaya jika ia sedang digunakan oleh penduduk.
Titi itu bagi kemudahan lebih 20 orang pemilik tanah sekitar 200 ekar yang kebanyakanya ditanam dengan getah dan sawit di situ, bagi menggunakannya.
Ia bagi menggantikan titi lama yang sudah berpuluh tahun usianya dan tidak lagi boleh digunakan dan selepas menjadi rungutan ramai penduduk, Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi menggantikan titi tersebut.
Saya berharap, pihak berkenaan dapat melakukan siasatan samada titi gantung yang baru itu mendatangkan bahaya atau tidak kepada para pengguna, jika ia mendatangkan bahaya tindakan segera haruslah diambil kerana bimbang dengan arus air yang deras sejak cuaca yang tidak menentukan itu boleh menyebabkan hakisan bertambah cepat berlaku.
Sebab itu lah, Saya menyarnkan agar setiap JKKK memantau semua projek yang dilaksanakan di tempat mereka bagi menggelakan perlaksananya dilakukan mengikut spekfikasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Yang sebenarnya kita ada pakar geoteknikal dalam bidang pembinaan jalan dan jambatan. Beliau berasal dari Lembah Keluang, Prof. Madya Jamilah Jaadil UTM tapi Majuperak dan IDR tidak mempunyai database bagi orang Perak yang terkenal dalam bidang2 tertentu. Lagi2 mereka memanggil orang yang sama yang tidak ada kepakaran tertentu (hanya ada kepakaran UMUM) untuk membina jalanraya/jambatan.
Orang yang begini dapat menentukan kekuatu jambatan gantung supaya peristiwa seperti yang dulu tidak berulang lagi.
Begitu juga dalam bidang Komputer kita ada Datin Prof. Shah Rizam Shah Baki dari Batu Kurau. Beliau mempunyai kepakaran tentang artificial intelligence, lebih baik daripada Chairman ICTC kita yang sedia ada.
Kepakaran tentang kemiskinan kita ada anak didik Tun Abdul Razak (dasar ekonomi baru). Beliau adalah adik kepada Encik Jeffri yang bekerja di Pejabat UMNO mulai dari Dato Hj. Hussein hinggal pejabat UMNO bertukar ke Batu Kurau. Namanya Muhammed Noraini Kamarun yang menjadi pengarah Royal Selangor Golf Club, KL. Beliau adalah di antara yang merancang dasar ekonomi baru.
Kesimpulannya, kita mesti ada database orang tempatan yang mempunyai kepakaran yang lebih baik daripada mereka yang ada di IPOH.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment