24 December 2010
SAR
Kebajikan dan kemudahan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak akan diabaikan oleh Kerajaan Negeri.
Justeru, dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir di Dewan Undangn Negeri (DUN) baru-baru, soal meningkatkan prestasi SAR tetap diberikan penekanan, termasuk tempat pembelajaraan yang lebih selesa.
Di DUN Kubu Gajah, Saya melihat masih ada beberapa kekurangan yang dialami oleh SAR. Dalam tinjuan ke SAR Pekan Kubu Gajah, pihak pengurusan berharap sebuah bangunan Kantin dapat dibina.
Bangunan itu dianggarkan sekitar RM 50,000. Dalam tinjauan itu Saya melihat kerja-kerja membina jalan berbumbung telah siap dilaksanak oleh Kontrektor terbabit.
Projek bernilai sekitar RM 10,000 itu dibina bagi kemudahan pelajar-pelajar yang sedang belajar diantara dubuah blok sekolah daripada kena hujan.
Justeru, diharapkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan itu akan mendorong Ibubapa dan tenaga Pengajar untuk meningkatkan lagi prestasi Sekolah dan menjadikan Mata Pelajaran Agama sebagai amat penting.
Saya sendiri akan terus berusaha mendapatkan peruntukan bagi menambahkan lagi kekurangan di SAR Kubu Gajah kerana ia menampung mudir dari sekitar Tebing Tinggi, Titi Ijok dan Sungai Dendang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment